Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana Permulaan PCF dipertingkat; bakal manfaat 10,000 keluarga berpendapatan rendah

Mulai Januari tahun depan, sekitar 10,000 keluarga berpendapatan rendah akan meraih manfaat setiap tahun daripada Dana Permulaan PCF yang dipertingkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Oct 2019 08:30PM Dikemas Kini : 30 Oct 2019 08:55PM

SINGAPURA: Mulai Januari tahun depan, sekitar 10,000 keluarga berpendapatan rendah akan meraih manfaat setiap tahun daripada Dana Permulaan PCF yang dipertingkat.

Dana itu yang menyediakan bantuan kewangan kepada kanak-kanak PCF Sparkletots dari keluarga berpendapatan rendah, akan dilanjutkan kepada keluarga dengan had pendapatan bulanan tidak melebihi S$4,500.

Ini merupakan peningkatan daripada S$2,500 sekarang.

Kanak-kanak dalam penjagaan bayi dan Nursery 1 juga akan mendapat bantuan daripada peningkatan itu.

Kini, hanya kanak-kanak dalam Nursery 2 dan Kindergarten 2 layak menerima dana tersebut.

Berucap semasa acara PCF Sparkletots hari ini (30 Okt), Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif bagi PCF Sparkletots Cik Josephine Teo berkata perubahan itu diperkenalkan menyusuli penilaian semula skim itu di mana ibu bapa memberikan "maklum balas sangat positif."

Dana Permulaan PCF yang dimulakan pada 2004 membantu golongan keluarga berpendapatan rendah membiayai yuran persekolah bulanan anak-anak mereka dan perbelanjaan prasekolah tambahan seperti seragam sekolah dan bahan-bahan pembelajaran.

Para pemohon yang berjaya akan menerima S$50 setiap bulan sehingga maksimum S$600 setiap tahun. Setakat ini, dana berjumlah S$3 juta keseluruhan diagihkan dan memanfaatkan 6,600 keluarga.

Dengan skim yang dipertingkatkan itu, PCF akan menokok S$2 juta setiap tahun sepanjang tiga tahun akan datang.

Bersama dengan subsidi Pemerintah yang akan dipertingkat Januari tahun depan, ibu bapa kini boleh menjangkakan bayaran tidak melebihi $10 untuk penjagaan kanak-kanak sepanjang hari, atau $100 ke bawah bagi penjagaan bayi.

Kanak-kanak berkeperluan khas juga akan menerima dua kali ganda jumlah bantuan yang diterima sekarang di bawah Dana Permulaan PCF.

Kini, para pemohon yang layak akan menerima S$100 setiap bulan sehingga jumlah maksimum S$1,200 setiap tahun.

Inisiatif tersebut merupakan usaha terbaru untuk menjadikan khidmat penjagaan kanak-kanak berada lebih dalam kemampuan. 

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan