Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana Masyarakat raih derma lebih S$87 juta; 3 kali ganda lebih tinggi berbanding 2019

Dana Masyarakat berjaya meraih sumbangan hampir S$90 juta tahun lalu iaitu tiga kali ganda berbanding jumlah yang terkumpul pada 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Oct 2021 08:16PM Dikemas Kini : 19 Oct 2021 09:02PM

SINGAPURA: Dana Masyarakat berjaya meraih sumbangan hampir S$90 juta tahun lalu iaitu tiga kali ganda berbanding jumlah yang terkumpul pada 2019.

Dana terkumpul akan digunakan untuk membantu lebih 100 agensi khidmat sosial.

Ia juga bakal menyokong sekitar 200 program serta pelbagai usaha lain terkait COVID-19.

190 penderma dan rakan kongsi diiktiraf atas sumbangan mereka semasa satu majlis anugerah siang tadi (19 Okt).

Sebahagian besar pemenang anugerah meninjau cara-cara inovatif untuk bekerjasama, agar usaha mencari dana serta aktiviti sukarela dapat terus dijalankan semasa pandemik.

Ini termasuk larian amal 'SGX Bull Charge' serta acara jalan amal 'Heartsrings', yang kedua-duanya dilakukan secara maya. 

Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan