Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana insurans hanya untuk kegunaan CareShield Hayat akan ditubuhkan, kata Gan Kim Yong

Dana itu akan ditadbir oleh Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF), dan ia akan diaudit setiap tahun bagi memastikan agar ia diselia dengan cekap.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jul 2018 05:37PM Dikemas Kini : 10 Jul 2018 11:43PM

SINGAPURA: Pemerintah akan menubuhkan sebuah dana insurans yang akan diperuntukkan hanya untuk CareShield Life, iaitu skim insurans baru bagi kehilangan upaya yang akan dilancarkan pada tahun 2020. Demikian menurut Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Selasa (10 Julai).

Dana itu akan ditadbir oleh Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF), dan ia akan diaudit setiap tahun bagi memastikan agar ia diselia dengan cekap.

"Semua premium yang dikumpul dan sebarang pulangan daripada pelaburan-pelaburan akan dikekalkan sepenuhnya dalam dana tersebut dan ia akan digunakan semata-mata untuk memanfaatkan para pemegang polisi," katanya.

Beliau berkata demikian di pembukaan perbahasan parlimen mengenai Laporan Jawatankuasa Semakan Eldershield.

Pemerintah juga akan menubuhkan sebuah majlis bebas untuk memberi nasihat mengenai pentadbiran skim tersebut, kata Encik Gan. Majlis berkenaan juga akan menyemak CareShield Hayat secara kerap dan menyarankan premium dan agihan yang sewajarnya kepada pemerintah, supaya ia selaras dengan rangka kerja aktuari yang adil, katanya lagi.

CareShield Hayat akan menawarkan agihan sepanjang hayat, dengan agihannya berpotensi meningkat selagi premiumnya dibayar. Agihan yang berpotensi meningkat ini akan disokong oleh premium-premium yang juga akan meningkat saban tahun.

Pemerintah akan menawarkan subsidi-subsidi premium.

CareShield Hayat akan ditadbir oleh pemerintah atas dasar bukan untuk mencari keuntungan, tambah Encik Gan. Ini berbeza berbanding pentadbiran ElderShield, yang dilakukan oleh syarikat-syarikat insurans swasta.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan