Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana baru $2 juta dilancar bantu firma binaan beli alat kurang keluarkan bunyi bising

Sebuah dana baru S$2 juta dilancarkan bagi membantu syarikat-syarikat binaan membeli peralatan yang kurang mengeluarkan bunyi bising dan menggunakan kaedah binaan inovatif.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Mar 2019 08:22PM Dikemas Kini : 11 Mar 2019 09:36PM

SINGAPURA: Sebuah dana baru S$2 juta dilancarkan bagi membantu syarikat-syarikat binaan membeli peralatan yang kurang mengeluarkan bunyi bising dan menggunakan kaedah binaan inovatif.

Dana Inovasi Binaan itu atau QCIF akan diagihkan sepanjang dua tahun mulai 1 April, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (11 Mac). Ia menggantikan Dana Binaan QCF yang luput pada hujung bulan Mac ini.

Di bawah dana baru itu, setiap permohonan yang berjaya akan menerima geran maksimum sehingga S$300,000 naik dari S$200,000 sebelumnya.

Syarikat-syarikat yang menggunakan peralatan bagi kerja-kerja cerucuk atau merobohkan bangunan yang kurang bising dan memenuhi piawai kurangkan bunyi 10dBA , boleh juga menerima dana sehingga S$300,000 iaitu seganda jumlah yang diagihkan di bawah rangka kerja sebelumnya.

Selain itu, para kontraktor boleh menerima sehingga S$50,000 apabila menggajikan kontraktor pakar untuk menjalankan kerja-kerja menanam cerucuk mengunakan alat kurang bising. Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding S$20,000 sebelumnya.

Beberapa ukur tara bagi mendapatkan geran itu juga dilonggarkan bagi membolehkan lebih banyak kontraktor layak bagi sokongan pendanaan itu.

NEA menyatakan semakan itu dibuat menyusuli maklum balas daripada industri tersebut.

Sejak syarikat China Construction Development mula menggunakan alat-alat binaan yang lebih senyap lima tahun lalu - paras bunyi bising dari kerja-kerja binaan dapat dikurangkan sebanyak 20 desibel.

Sekurang-kurangnya 87 syarikat sudah memanfaatkan Dana QCF dengan sejumlah S$4.8 juta sudah diagihkan setakat hujung tahun lalu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan