Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dalio Philanthropies beri geran AS$25 juta latih penggubal dasar, karyawan pelaburan

Institut Pengurusan Harta (WMI), sebuah institut pendidikan dan kajian bukan meraih untung, mengumumkan pada Rabu (21 Okt) bahawa ia akan melancarkan sebuah program untuk melatih para penggubal dasar dan karyawan pelaburan mengenai prinsip menyeluruh tentang kelakuan pasaran. 

Anggaran Waktu Membaca:
Dalio Philanthropies beri geran AS$25 juta latih penggubal dasar, karyawan pelaburan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Oct 2020 12:58PM Dikemas Kini : 21 Oct 2020 01:23PM

SINGAPURA: Institut Pengurusan Harta (WMI), sebuah institut pendidikan dan kajian bukan meraih untung, mengumumkan pada Rabu (21 Okt) bahawa ia akan melancarkan sebuah program untuk melatih para penggubal dasar dan karyawan pelaburan mengenai prinsip menyeluruh tentang kelakuan pasaran.

Program Prinsip Pasaran Mampan Dalio, yang akan memulakan kursusnya tahun depan, bertujuan meningkatkan keupayaan dan kepakaran para penggubal dasar dan pengurus aset, menurut WMI dalam satu kenyataan media.

Ia akan meliputi asas ekonomi dan pasaran, pembinaan portfolio serta pengurusan risiko di samping pengajian kes.

Pelabur hartawan dan dermawan, Ray Dalio, yang pernah menasihati para penggubal dasar dan dana pelaburan milik pemerintah Singapura sejak tahun 1990-an, memberikan geran AS$25 juta (S$33.9 juta) kepada WMI untuk program baru itu.

Geran tersebut, dikumpulkan dari Dalio Philanthropies, juga mungkin digunakan untuk menyokong kajian, persidangan khas dan forum kepimpinan pemikiran lain.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Singapura, Dr Beh Swan Gin, berkata inisiatif itu "menangani keperluan bagi lebih banyak pengelola serta pengelola lebih baik bagi modal kewangan di rantau Asia yang sedang pesat berkembang".

Program itu juga mempunyai potensi untuk mencetus perubahan sebenar dan boleh membantu meningkatkan program pendidikan dalam pengurusan harta di Singapura untuk mengecapi piawai antarabangsa tertinggi, kata Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon.

Menurut WMI, Encik Dalio, pengasas dana lindung nilai Bridgewater Associates, akan mempengerusikan sebuah lembaga penasihat ditetapkan bagi program itu.

Lembaga itu akan memberi panduan dalam pembangunan program dan kurikulumnya. Ia juga terdiri daripada pengerusi emeritus WMI Ng Kok Song serta para pemimpin industri dan dasar awam lain.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan