Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dalang kes tipu keanggotaan palsu Kelab Keppel mengaku salah

 Seorang wanita 70 tahun yang mendalangi skandal keanggotaan palsu Kelab Keppel bernilai jutaan dolar mengaku bersalah ke atas 60 daripada 3,181 tuduhan menipu. Dia dituduh menjual keanggotaan kelab palsu kepada lebih 1,000 dan mengaup hampir S$37.5 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Dalang kes tipu keanggotaan palsu Kelab Keppel mengaku salah

Padang golf Kelab Keppel. (Gambar: Keppel Club)

Diterbitkan : 05 Dec 2017 09:25AM Dikemas Kini : 05 Dec 2017 09:34AM

SINGAPURA: Seorang wanita 70 tahun yang mendalangi skandal keanggotaan palsu Kelab Keppel bernilai jutaan dolar mengaku bersalah ke atas 60 daripada 3,181 tuduhan menipu. Dia dituduh menjual keanggotaan kelab palsu kepada lebih 1,000 dan mengaup hampir S$37.5 juta.

Setho Oi Lin yang juga dikenali sebagai Setho Irene, bekerja di Kelab Keppel selama 48 tahun. Dia mula bekerja sebagai seorang kerani dan kemudian naik pangkat menjadi penolong peribadi pengurus besar. Sebagai sebahagian tugasnya, Setho menguruskan isu-isu behubung peralihan keanggotaan, kemasukan dan perletakkan jawatan anggota kelab.

Setho mula menjual keanggotaan palsu pada 2014. Sepanjang beberapa tahun kemudian, dia menjual 1,341 keanggotaan bernilai lebih S$37 juta. Para pembeli diberitahu bahawa keanggotaan mereka itu boleh dipindahkan kepada orang lain walaupun tiada keanggotaan pun yang dipindahkan dar para anggota Kelab Keppel sebelum ini.

Dia mengaup sekurang-kurangnya S$11 juta daripada penipuan demikian kata Timbalan Pendakwa Raya Ian Ernst Chai.

Setho mengarahkan para pembeli untuk membuat bayaran ke dalam empat akaun bank milik temannya, Ivy Cheo Soh Chin yang juga merupakan anggota kelab itu. Cheo, 67 tahun kemudian akan mengeluarkan wang tesebut dan menyimpan S$500 hingga S$1,000 sebagai komisyen.

Bagi membuka akaun untuk anggota baru, Setho mendapatkan bantuan Nah Hak Chuah 67 tahun yang sudah bekerja di sana sejak 1991. Antara Jun 2004 hingga Ogos 2014, Nah membuka 1,280 akaun bagi para pembeli keanggotaan palsu itu.

Cheo dan Nah masing-masing didakwa dengan 20 dan 30 tuduhan atas peranan mereka dalam penipuan itu. Hukuman ke atas mereka akan ditentukan pada Januari depan.

Setho pula akan dijatuhi hukuman pada bulan Februari. Dia menghadapi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda bagi setiap tuduhan menipu. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan