Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dakwaan ACRA tentang pengaruh luar 'tidak berasas', menurut New Naratif

New Naratif, laman yang dikaitkan dengan syarikat yang cuba didaftarkan di Singapura oleh ahli sejarah Dr Thum Ping Tjin dan wartawan bebas Kirsten Han menyatakan bahawa dakwaan pengaruh asing oleh Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) "tidak berasas".

Anggaran Waktu Membaca:
Dakwaan ACRA tentang pengaruh luar 'tidak berasas', menurut New Naratif

Ahli sejarah Thum Ping Tjin dan wartawan bebas Kirsten Han.

Diterbitkan : 12 Apr 2018 04:26PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 04:29PM

SINGAPURA: New Naratif, laman yang dikaitkan dengan syarikat yang cuba didaftarkan di Singapura oleh ahli sejarah Dr Thum Ping Tjin dan wartawan bebas Kirsten Han menyatakan bahawa dakwaan pengaruh asing oleh Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) "tidak berasas".

Kenyataan tersebut diterbitkan di laman berkenaan hari ini (12 Apr) selepas permohonan untuk mendaftarkan syarikat OSEA Pte Ltd di Singapura ditolak oleh ACRA kerana ia bercanggah daripada kepentingan Singapura.

Nama Dr Thum Ping Tjin dan Cik Han disenaraikan dalam permohonan pada 8 Februari itu yang dipercayai berunsur politik dan ada kaitan dengan sebuah firma dari Britain, yang mendapat pembiayaan dana daripada sebuah pertubuhan di Switzerland.

New Naratif menyatakan: "Sebarang usulan bahawa kami, seperti yang didakwa ACRA, "digunakan oleh pihak asing untuk memperjuangkan kegiatan politik di Singapura' tidak berasas."

Ia menambah bahawa syarikat OSEA Pte Ltd dimiliki sepenuhnya oleh Observatory Southeast Asia yang berpangkalan di Britain yang membangunkan laman tersebut.

"Observatory Southeast Asia Ltd adalah sebuah syarikat bukan mencari untung; hasilnya diasalurkan kepada operasi New Naratif," menurut kenyataan itu.

Selanjutnya, ia menyatakan bahawa New Naratif "disokong dengan lumayan oleh hasil daripada anggotanya" dengan lebih 420 anggota dari 17 negara. Ia juga menerima "banyak pendermaan daripada para individu."

"Apabila ACRA meminta keterangan lanjut tentang operasi OSEA Pte Ltd dan Observatory Southeast Asia, kami menjawab dengan niat baik. Dalam menjawab pertanyaan ACRA tentang sama ada kami mempunyai kaitan ataupun ikatan, formal atau tidak dengan sebarang perusahaan tempatan atau luar negara, kami dengan sukarela memberi maklumat tentang geran daripada OSF," menurut kenyataan New Naratif itu lagi. 

Sumber : CNA/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan