Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dakota Crescent bakal dibangun semula jadi estet perumahan awam

Dakota Crescent, salah satu estet perumahan tertua di Singapura, akan dibangunkan semula menjadi tapak perumahan awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Dakota Crescent bakal dibangun semula jadi estet perumahan awam

Dakota Crescent. (Gambar: Faris Mokhtar)

Diterbitkan : 11 Dec 2017 02:55PM Dikemas Kini : 11 Dec 2017 02:57PM

SINGAPURA: Dakota Crescent, salah satu estet perumahan tertua di Singapura, akan dibangunkan semula menjadi tapak perumahan awam.

Demikian menurut Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong hari ini (11 Dis).

Dalam catatan Facebooknya, beliau berkata beberapa pilihan turut ditinjau dan keputusan dibuat untuk membangunkan flat-flat HDB di sana.

"Ini akan menyediakan lebih banyak pilihan perumahan berdekatan bandar dan membolehkan satu lagi generasi rakyat Singapura mencipta memori istimewa mereka sendiri di Dakota Crescent."

Encik Wong berkata kelompok tengah bangunan di sekeliling kawasan halaman Dakota Crescent akan dikekalkan dan digunakan bagi tujuan lain.

"Kami akur betapa pentingnya estet ini - seperti yang AP Lim Biow Chuan katakan di Parlimen pada tahun lalu. Ini adalah salah satu projek perumahan awam pertama di Singapura, yang dibangunkan pada tahun 1960. Maka kami berhasrat untuk mengekalkan kelompok tengah bangunan di sekeliling halaman (termasuk Sudut Permainan Dove) dan menggunakannya bagi tujuan masyarakat dan sivik."

Dakota Crescent yang disuntik nafas baru boleh menjadi ruang menarik dengan pelbagai kegunaan, flat-flat baru HDB; penggunaan semula sebahagian bangunan lama yang diubah suai; kemudahan-kemudahan serta ruang-ruang masyarakat yang bertenaga, kata beliau.

Encik Wong berkata kementeriannya akan terus mendampingi pihak-pihak yang berkepentingan dan melibatkan masyarakat secara amnya sedang kawasan itu dibangunkan semula.

"Kami tidak sabar untuk mendengar idea-idea dan saranan anda sedang kita mereka semula Dakota Crescent bersama-sama!"

Dakota Crescent, yang merangkumi 15 blok yang rendah, dibangunkan oleh Singapore Improvement Trust (SIT) pada tahun 1958 sebagai estet perumahan sewa awam.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan