Images

'Daki' Gunung Fuji sambil kumpul dana bagi golongan keperluan khas

SINGAPURA: Ikuti cabaran mendaki Gunung Fuji tanpa pergi ke Jepun.

Itulah cabaran yang dimulakan persatuan YMCA untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana bagi golongan berkeperluan khas. Inisiatif itu dipimpin lapan duta YMCA yang mempunyai keperluan khas.

Presiden Halimah Yacob melancarkan cabaran itu di Taman Inklusif di Istana pagi tadi (27 Feb).

Beliau kemudian menyertai para peserta dengan berjalan di Fort Canning.

Sesiapa yang berminat boleh memilih untuk mendaki hingga ke puncak Gunung Fuji yang setinggi 3,800 meter atau berjalan, berlari, atau berbasikal di sepanjang lilitan gunung itu sejauh 125 kilometer.

Ia sudahpun menarik 120 peserta dan cabaran itu berlangsung sehingga akhir Mei.

YMCA menetapkan sasaran mengumpulkan derma S$250,000 bagi membiayai pelbagai program untuk belia berkeperluan khas.

- CNA/RR/ha

Top