Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Daging korban agihan PERTAPIS naik hampir seganda

Sebanyak 900 kilogram daging korban diagihkan kepada penerima bantuan Tabung Amal Jariah PERTAPIS sempena Aidiladha tahun ini. Jumlah daging tersebut adalah 400 kilogram lebih banyak berbanding tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Aug 2019 08:30PM Dikemas Kini : 18 Aug 2019 12:29AM

SINGAPURA: Sebanyak 900 kilogram daging korban diagihkan kepada penerima bantuan Tabung Amal Jariah PERTAPIS sempena Aidiladha tahun ini.

Jumlah daging tersebut adalah 400 kilogram lebih banyak berbanding tahun lalu.

Menurut PERTAPIS, daging yang diagihkan itu adalah hasil daripada ibadah korban tujuh ekor lembu dan 273 ekor kambing di Australia yang didermakan masyarakat Islam setempat.

Dalam acara yang diadakan di rumah peralihan PERTAPIS pagi tadi (17 Ogos), 300 penerima bantuan bulanan PERTAPIS menerima tiga kilogram daging, wang tunai S$50, habuan makanan dan juadah nasi beriani.

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman yang turut membantu mengagihkan habuan, menggalak lebih banyak pihak membuat sumbangan kepada golongan memerlukan.

"Saya mengalakkan lebih ramai yang mungkin jika pada masa-masa akan datang memikirkan bagaimana mereka boleh membuat ibadah korban, boleh bekerjasama dengan PERTAPIS menerusi program sedemikian di mana mereka boleh melangsungkan niat mereka untuk berkorban dan diagihkan kepada keluarga–keluarga yang lebih memerlukan," kata Dr Maliki.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan