Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Daerah Digital Punggol tepati sasaran selesai dibina pada 2023

Daerah Digital Punggol seluas 50 hektar menepati sasaran akan selesai dibina pada 2023, dengan fasa pertama ciri utamanya - iaitu sebuah platform pusat yang akan mengumpul data masa nyata daripada daerah tersebut - kini sudahpun siap.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jan 2020 03:01PM Dikemas Kini : 17 Jan 2020 11:31PM

SINGAPURA: Daerah Digital Punggol seluas 50 hektar menepati sasaran akan selesai dibina pada 2023, dengan fasa pertama ciri utamanya - iaitu sebuah platform pusat yang akan mengumpul data masa nyata daripada daerah tersebut - kini sudahpun siap.

"Kedua-dua pembangunan fizikal dan digital bagi Daerah Digital Punggol menepati sasaran - dengan upacara pecah tanah bagi fasa pertama serta pembangunan seterusnya bagi platform digital terbuka berjalan lancar," kata Encik Ryan Smart, pengarah divisyen bijak JTC Corp pada Isnin (13 Jan).

Upacara pecah tanah bagi Daerah Digital Punggol pada hari ini turut dihadiri Menteri Kanan Teo Chee Hean.

Di taklimat media anjuran JTC, Agensi Teknologi Pemerintah dan ST Engineering pada awal minggu ini, reka bentuk sistem dan seni bina bagi platform digital terbuka diumumkan sudah dimuktamadkan. Data dan piawai saling kendali sistem tersebut juga sudah dibentuk.

Platform digital terbuka - yang akan mengumpul data masa nyata daripada daerah tersebut akan digunakan untuk melakar huraian-huraian seperti mengoptimumkan suhu dalam bangunan - dijangka selesai dibangunkan menjelang hujung 2022.

Mulai 2023, sistem-sistem dan teknologi-teknologi baru akan disepadukan dalam platform digital terbuka, yang kemudian akan dilaksanakan untuk kegunaan industri, ahli akademik dan masyarakat apabila Daerah Digital Punggol dilancarkan kelak.

Platform digital terbuka penting bagi pembangunan Daerah Digital Punggol. Dihubungkan dengan sensor dan sistem di sekeliling daerah tersebut, platform digital terbuka menerima data masa nyata yang boleh digunakan untuk menghasilkan huraian-huraian dan menguruskan daerah berkenaan dengan lebih baik lagi.

Ia juga akan membolehkan pihak industri dan akademik di Daerah Digital Punggol untuk bekerja rapat dalam mengilhamkan idea-idea baru.

It will also enable the industry and academia in the Punggol Digital District to work closely to develop new ideas.

Sebagai contoh, sesebuah syarikat yang memanfaatkan rangkaian sensor dalam Daerah Digital Punggol melalui platform terbuka itu boleh mengumpul data masa nyata mengenai penjanaan tenaga suria atau tahap penghunian sesebuah bangunan, jumlah hujan dan paras kelembapan.

Dengan memanfaatkan data tersebut, syarikat berkenaan boleh memikirkan cara terbaik untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga.

Daerah Digital Punggol akan menempatkan sebuah taman perniagaan, kampus baru Institut Teknologi Singapura (SIT) serta kemudahan-kemudahan masyarakat. Ia akan dibuka secara bertahap-tahap mulai 2023 dan akan mewujudkan 28,000 pekerjaan dalam bidang keselamatan siber dan analitik data.

Daerah Digital Punggol pertama kali diumumkan sebagai sebahagian daripada draf Pelan Induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 2013.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan