Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cucu pengasas OG dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan ganggu suami kekasih

Cucu kepada pengasas gedung serbaneka OG diheret ke mahkamah hari ini (6 Jul) atas tuduhan mengganggu suami kekasihnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Cucu pengasas OG dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan ganggu suami kekasih

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Jul 2018 12:04AM Dikemas Kini : 07 Jul 2018 12:07AM

SINGAPURA: Cucu kepada pengasas gedung serbaneka OG diheret ke mahkamah hari ini (6 Jul) atas tuduhan mengganggu suami kekasihnya.

Encik Desmond Tay Kwang Ju mendakwa Kelvin Liu Chin Chan, 44 tahun, mengirim kiriman mesej WhatsApp dengan tujuan untuk mengganggunya.

Liu juga dituduh mengirimkan gambar-gambar dan membuat dua panggilan kepada Encik Tay, iaitu suami kepada kekasihnya, antara Jun 2016 hingga Januari 2017.

Encik Tay mendapat tahu isterinya, Cik Lim, berselingkuh dengan Liu pada 2016 ketika isteri Liu sendiri menghubunginya.

Encik Tay, yang berkhidmat dalam sektor awam, mendapatkan khidmat seorang penyiasat privet untuk mengekori isterinya, yang tidak mengaku menduakannya.

Isterinya malah menyuruh Encik Tay membuka ruang sembang (chat group) dengan pasangan terbabit untuk menyeleraikan masalah itu. Encik Tay kemudian membuka ruang WhatsApp yang dinamakan "Confessions of Macro Polo".

Liu didakwa mengirimkan mesej-mesej yang menurut Encik Tay, mengganggu. Liu juga mengirimkan gambarnya sendiri.

Pada hari pertama perbicaraan itu, Encik Tay berkata: "Saya bingung mengapa beliau mengirimkan gambarnya kepada saya. Saya merasakan bahawa dia cuba memandang rendah dan menghina saya."

Isteri Encik Tay memfailkan permohonan cerai pada Ogos 2016 sementara Liu dan pasangannya bercerai pada November 2016. Liu masih bertemu dengan Cik Lim, dan mempunyai rancangan untuk bernikah.

Liu, yang tidak mendapatkan khidmat guaman, menuduh Encik Tay mengancam dirinya melalui pihak ketiga. Encik Tay menafikan tuduhan ke atasnya.

Hakim Daerah Ng Cheng Thiam menangguhkan perbicaraan mahkamah supaya Liu dapat menyiapkan penyerahan pembelaannya.

Kesemua pihak yang berkenaan akan kembali bagi persidangan sebelum perbicaraan, pada 16 Julai.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan