Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca sejuk punca jubin 'meletup'? Ini langkah yang boleh diambil pemilik rumah

Industri kontraktor ubah elok sering disenaraikan dalam 10 ranking utama yang menerima jumlah aduan paling banyak sejak sedekad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Industri kontraktor ubah elok sering disenaraikan dalam 10 ranking utama yang menerima jumlah aduan paling banyak sejak sedekad lalu.

Menurut Persatuan Pengguna Singapura (CASE) pada 2016, ia menerima hampir 1,300 aduan melibatkan kontrak bernilai $14.26 juta.

Baru-baru ini terdapat kes jubin lantai yang "meletup".

Adakah cuaca dijadikan alasan atau mutu kerja yang rendah punca sebenar?

Wartawan BERITAMediacorp mendapatkan jawapannya.

CUACA SEJUK HANYA SATU FAKTOR

Bayangkan saudara apabila rumah yang anda diami tiba-tiba lantainya rosak dalam sekelip mata dan anda sendiri tidak tahu apa puncanya.

Menurut HDB terdapat 700 kes jubin yang dilaporkan "meletup-letup" pada separuh pertama bulan ini.

Daripada jumlah itu, hampir separuh melibatkan jubin yang dipasang oleh pemilik flat sendiri, manakala yang lain adalah jubin yang dipasang HDB.

Adakah cuaca sejuk yang dinikmati awal bulan ini menjadi punca kejadian tersebut?

Menurut Pengarah Urusan Altruistic Interior Pte Ltd, Encik Shaih Muhd Rizal,faktor cuaca hanyalah satu sebab jubin boleh rosak.

"Punca utama mengapa jubin rosak adalah hasil mutu kerja yang lemah iaitu sewaktu pemasangan mereka tidak menggunakan jumlah gam serta simen yang sepatutnya mereka lakukan," Encik Shaih memberitahu BERITAMediacorp.

Justeru, bagaimanakah pemilik rumah boleh pastikan jika jubin lantai dipasang dengan betul.

"Ini adalah satu contoh cara pemasangan jubin yang baik. Anda boleh melihat simennya diratakan lebih 95 peratus yang anda pegang ini, ini adalah satu contoh yang kurang baik iaitu simen tidak diratakan sepenuhnya. Apabila setelah dipasang jubin ini, anda boleh periksa dengan menggunakan guli atau kunci untuk mengetuk jubin-jubin itu. Kalau anda boleh mendengar bunyi yang 'lopong', kosong, itu menunjukkan simen tidak diletak dengan rata," kata Encik Rizal dari Show N Tell.

LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL

Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh diambil jika kerosakan dikesan?

Bagi jubin yang dipasang HDB, kerja-kerja pembaikan ditanggung lembaga itu bagi jubin yang berusia sehingga 15 tahun.

Sebarang kerosakan yang dikesan pemilik yang menggunakan khidmat kontraktor privet pula akan dibaiki jika rumah masih dalam tempoh jaminan, yang biasanya setahun.

Maka itu, kesimpulannya ialah dapatkan khidmat kontraktor bertauliah dari senarai CaseTrust dan pemeriksa kerja-kerja ubah elok sebaik ia selesai kerana sukar menuntut ganti rugi apabila tempoh jaminannya sudah luput. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan