Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca panas, kering dua minggu terakhir Oktober

Cuaca pada dua minggu terakhir bulan Oktober ini dijangka lebih kering dan panas dengan suhu maksimum boleh mencecah 34 darjah Selsius dalam beberapa hari, kata Agensi Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) dalam satu kenyataan pada Jumaat (16 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca panas, kering dua minggu terakhir Oktober

Seorang wanita membawa payung semasa cuaca panas di Singapura (Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 16 Oct 2020 09:33PM Dikemas Kini : 16 Oct 2020 09:34PM

SINGAPURA: Cuaca pada dua minggu terakhir bulan Oktober ini dijangka lebih kering dan panas dengan suhu maksimum boleh mencecah 34 darjah Selsius dalam beberapa hari, kata Agensi Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) dalam satu kenyataan pada Jumaat (16 Okt).

Menurutnya, dalam dua minggu akan datang, jalur hujan tengkujuh diramalkan melanda kawasan utara Asia Tenggara, bermakna jumlah hujan yang dijangkakan lebih rendah berbanding dua minggu pertama bulan ini.

Keadaan panas boleh dijangkakan pada kebanyakan hari, dengan suhu maksimum harian dijangka mencapai antara 34 darjah Selsius dan serendah 25 darjah Selsius.

Suhu harian juga boleh mencecah 35 darjah Selsius khususnya apabila langit terang tanpa awan, tambah MSS.

"Bagaimanapun hujan sederhana hingga lebat berserta guruh sekali sekala masih boleh dijangkakakan di kawasan-kawasan tertentu pada lewat pagi dan petang,"katanya.

"Selain itu ribut Sumatera diramalkan membawa hujan berserta guruh dan angin kencang pada hari-hari tertentu antara subuh dan pagi."

Secara keseluruhan, jumlah hujan yang turun pada bulan ini dijangka berada di bawah paras biasa di kebanyakan kawasan negara ini.

Pada dua minggu pertama bulan Oktober, jalur hujan monsun terletak lebih dekat dengan Asia Tenggara, yang menyebabkan lebih banyak hujan di Singapura.

Disebabkan ribut tropika di Laut China Selatan dan Lautan Pasifik barat laut, hujan sederhana hingga lebat turun di Singapura pada beberapa hari, kebanyakannya antara waktu malam dan subuh.

"Hujan turun paling lebat pada 2 Oktober 2020, dan jumlah hujan harian yang dicatatkan pada hari itu adalah 108.2 mm di Tuas.

"Ia merupakan paras hujan tertinggi yang dicatat dalam sehari selama dua minggu pertama Oktober 2020," kata MSS.

Suhu tertinggi yang dicatatkan pada dua minggu yang lalu ialah 34.8 darjah Selsius di Pulau Ubin pada 5 Oktober, sementara yang terendah adalah 22.6 darjah Selsius di Clementi pada 3 Oktober. 

Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan