Images
  • ry
    Cuaca kering dan panas dijangka berterusan di Singapura selama seminggu lagi. (Gambar: Chew Hui Min)

Cuaca panas dijangka berterusan hingga lewat Mac

SINGAPURA: Cuaca kering dan panas dijangka berterusan di Singapura selama seminggu lagi, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) hari ini (15 Mac).

Bagaimanapun cuaca lebih dingin boleh dijangkakan minggu terakhir bulan ini, kerana hujan lebat serta guruh akan berlaku kebanyakan hari pada sebelah petang.

Bahkan, hujan lebat serta guruh akan berlaku pada satu atau dua hari, berserta angin kencang. Hujan juga mungkin berterusan sehingga waktu malam.

Bagaimanapun menurut MSS, kadar hujan secara keseluruhannya mungkin "lebih rendah daripada paras biasa".

Ia menambah bahawa separuh kedua bulan Mac dijangka panas pada kebanyakan hari, dengan suhu harian dalam lingkungan antara 24 darjah Selsius dengan 34 darjah Selsius.

Pada hari-hari yang dilanda sedikit hujan atau tidak hujan langsung, suhu harian maksimum boleh mencecah sehingga 35 darjah Selsius. 

- CNA/NA/na

Top