Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca panas dijangka berterusan hingga hujung Februari

Cuaca kering dan panas dijangka berterusan pada separuh kedua bulan ini, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) hari ini (15 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca panas dijangka berterusan hingga hujung Februari

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 15 Feb 2019 11:43PM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 11:46PM

SINGAPURA: Cuaca kering dan panas dijangka berterusan pada separuh kedua bulan ini, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) hari ini (15 Feb).

Ia menambah, Singapura dan rantau ini sedang melalui fasa kering musim monsun timur laut.

Suhu harian maksimum boleh mencecah sehingga sekitar 34 darjah Celsius, terutama sekali pada hari-hari yang tidak atau hampir tiada hujan dan kurang berangin.

Pada kebanyakan hari, suhu harian diramalkan antara 24 hingga 33 darjah Celsius, menurut MSS dalam ramalannya bagi tempoh dua minggu.

Pada awal minggu depan, hujan berserta guruh diramalkan pada sebelah petang buat beberapa hari.

Pada hari-hari tersebut, hujan mungkin berterusan hingga ke sebelah malam, menurut MSS lagi, sambil menambah bahawa kadar hujan secara keseluruhan pada bulan Februari mungkin "lebih rendah daripada paras biasa".  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan