Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca lebih panas, lembap pada sebelah malam 2 minggu terakhir Jun

Cuaca lebih panas dan lembap pada sebelah malam diramalkan pada dua minggu terakhir Jun, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura pada Jumaat (14 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca lebih panas, lembap pada sebelah malam 2 minggu terakhir Jun

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 15 Jun 2019 12:08AM Dikemas Kini : 15 Jun 2019 12:10AM

SINGAPURA: Cuaca lebih panas dan lembap pada sebelah malam diramalkan pada dua minggu terakhir Jun, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura pada Jumaat (14 Jun).

Suhu pada sebelah malam sehingga 28 darjah Selsius boleh dijangkakan pada sesetengah hari, sedang tiupan angin tenggara membawa udara panas dan lembap dari laut, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura.

Disebabkan oleh monsun barat daya, cuaca lebih lembap pada dua minggu pertama bulan Jun dijangka berlarutan sehingga bahagian awal dua minggu akan datang sebelum cuaca berubah menjadi lebih panas dan kering pada hujung bulan ini.

Suhu harian pada kebanyakan hari diramal antara 25 hingga 33 darjah Selsius, dengan catatan suhu hingga 35 darjah Selsius pada minggu terakhir Jun.

Sementara itu hujan lebat berserta guruh diramalkan pada dua minggu akan datang, terutamanya pada lewat pagi dan tengah hari pada empat hingga enam hari, dengan hujan sehingga lewat petang pada sesetengah hari.

"Secara keseluruhannya, paras hujan pada Jun 2019 diramal lebih daripada normal bagi kebanyakan kawasan di Singapura," menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura.

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan