Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca lebih panas, lebih kering bagi 2 minggu pertama Jun

Jangkakan cuaca lebih panas dan kering dalam tempoh dua minggu akan datang. Ini menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) hari ini (1 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca lebih panas, lebih kering bagi 2 minggu pertama Jun

Gambar: TODAY

Diterbitkan : 01 Jun 2018 09:22PM Dikemas Kini : 01 Jun 2018 09:26PM

SINGAPURA: Jangkakan cuaca lebih panas dan kering dalam tempoh dua minggu akan datang. Ini menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) hari ini (1 Jun).

Bagi separuh pertama Jun, hujan berserta guruh diramalkan pada lewat pagi dan awal tengah hari selama tiga hingga lima hari, menurut MSS.

Hujan lebat bersertakan angin kencang juga berkemungkinan berlaku pada awal pagi selama satu hingga dua hari.

Kadar hujan bagi dua minggu pertama Jun kemungkinan di bawah kadar biasa.

"Musim hujan dijangkakan bermula pada separuh kedua minggu Jun 2018, dengan angin semakin kencang bertiup dari tenggara atau barat daya.

"Monsun Barat Daya dijangka akan bermula pada dua minggu pertama bulan Jun 2018, dengan angin kencang dan bertiup kebanyakannya dari tenggara atau barat daya. Musim Monsun Barat Daya biasanya berterusan hingga bulan September dan dikenali dengan keadaan cuaca yang agak kering dan hangat," menurut Jabatan Kaji Cuaca.

Suhu harian untuk dua minggu dijangka antara 25 dan 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari, dengan kemungkinan mencapai 35 darjah Celcius dalam beberapa hari, tambah Jabatan Kaji Cuaca.  

Sumber : CNA/NA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan