Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca lebih dingin, hujan lebat dijangkakan hingga hujung bulan ini

Hujan dan cuaca dingin boleh dijangkakan sehingga hujung November, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Jumaat (15 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca lebih dingin, hujan lebat dijangkakan hingga hujung bulan ini

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 16 Nov 2019 02:39PM Dikemas Kini : 16 Nov 2019 02:44PM

SINGAPURA: Hujan dan cuaca dingin boleh dijangkakan sehingga hujung November, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Jumaat (15 Nov).

Hujan yang turun sekali-sekala berserta guruh pada waktu tengah hari boleh dijangkakan pada tujuh hingga sembilan hari sepanjang dua minggu akan datang, menurut MSS.

Pada satu atau dua hari, cuaca mendung dan hujan lebat dan sederhana boleh dijangkakan antara lewat pagi dan petang.

Cuaca diramalkan lebih dingin berbanding minggu-minggu sebelumnya, dengan suhu harian dijangka mencecah serendah 23 darjah Selsius pada beberapa malam.

Suhu harian pada kebanyakan hari dijangka antara 24 darjah Selsius dengan 33 darjah Selsius.

Dalam satu makluman cuaca, MSS menyatakan bahawa keadaan musim mosun diramal akan berubah ke monsun timur laut pada separuh kedua November.

Musim monsun timur laut, yang juga musim tengkujuh di bahagian selatan Asia Tenggara, dijangka berlarutan sehingga Mac tahun depan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan