Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca hujan semakin reda, suhu terendah diramal naik kepada 23-24°C

Sementara itu, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini mengeluarkan kenyataan nasihat pada pukul 2.00 petang yang meramalkan hujan renyai akan berhenti pada lewat petang.

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca hujan semakin reda, suhu terendah diramal naik kepada 23-24°C

Gambar fail hujan di Singapura. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 14 Jan 2018 04:42PM Dikemas Kini : 14 Jan 2018 04:45PM

SINGAPURA: Dalam kemas kini di laman Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) hari ini (14 Jan), ia menyatakan cuaca hujan sudah mulai reda pada sebelah pagi dengan angin monsun yang "kian melemah" dari Laut China Selatan.

"Pada keseluruhan hari ini (Ahad), ia diramalkan mendung dengan hujan renyai-renyai pada sebelah petang," menurut MSS.

"Pada beberapa hari mendatang, suhu paling rendah diramalkan dalam lingkungan antara 23°C dengan 24°C.”

Sementara itu, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini mengeluarkan kenyataan nasihat pada pukul 2.00 petang yang meramalkan hujan renyai akan berhenti pada lewat petang.

Pada pukul 3.00 petang tadi, suhu paling tinggi adalah 25.4°C yang dicatat di Tuas South.

Awal pagi tadi pula, sebahagian kawasan mencatat suhu serendah 21.2°C. Ini lebih rendah berbanding 21.4°C yang dicatat di Jurong West pada Jumaat (12 Jan).

Singapura mengalami cuaca sejuk dan hujan sejak awal tahun ini.

Pada Isnin (8 Jan), banjir kilat menjejas beberapa kawasan di bahagian timur Singapura menyebabkan keadaan huru-hara di jalan-jalan raya sedang air melimpah dari longkang-longkang.

Dua orang juga dikejarkan ke hospital setelah sebatang pokok menghempap mereka di Toa Payoh.

Hujan lebat turut menyebabkan fenomena "air terjun" di sebuah lif di Tampines.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan