Images
  • hujan

Cuaca hujan dijangka berlarutan sepanjang November

SINGAPURA: Musim hujan yang melanda Singapura pada separuh pertama bulan November ini dijangka berlarutan sepanjang bulan, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura hari ini (16 Nov).

Bulan November biasanya merupakan bulan kedua yang mengalami paling banyak hujan selepas bulan Disember, dengan hujan "sederhana hingga lebat" diramalkan pada sebelah petang bagi enam hingga lapan hari bulan ini, menurut jabatan tersebut.

Pada sesetengah hari, hujan juga dijangka berlarutan hingga ke malam.

Hujan lebat berserta guruh dan angin kencang yang meluas juga dijangkakan antara waktu dini hari dengan awal pagi pada satu atau dua hari dalam bulan ini.

Jumlah hujan pada bulan November tahun ini dijangka lebih tinggi dari biasa di kebanyakan kawasan di Singapura, tambahnya.

Suhu harian untuk kebanyakan hari pada separuh akhir bulan November separuh bulan pertama dijangka antara 24 °C hingga 33 °C.

Bagaimanapun, cuaca panas diramalkan selama beberapa hari dengan suhu maksimum harian boleh mencecah 34°C. Suhu minimum harian boleh serendah 22°C apabila cuaca hujan, menurut Perkhimatan Met lagi.  

- CNA/SM/sm

Top