Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cuaca agak panas, lembap diramal berterusan sehingga hujung Mei

Cuaca agak panas dan lembap dijangka akan berterusan pada separuh kedua bulan Mei, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Khamis (16 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Cuaca agak panas, lembap diramal berterusan sehingga hujung Mei

Gambar fail para pekerja berjalan semasa hujan turun di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 17 May 2019 04:19PM Dikemas Kini : 17 May 2019 04:28PM

SINGAPURA: Cuaca agak panas dan lembap dijangka akan berterusan pada separuh kedua bulan Mei, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Khamis (16 Mei).

Hujan berserta guruh juga dijangkakan antara lewat pagi dengan awal petang untuk enam hingga lapan hari, tambahnya.

"Suhu pada kebanyakan hari dijangka dalam lingkungan 26 hingga 34 darjah Celsius," kata MSS dalam satu makluman yang dikeluarkan.

Pada hari-hari yang tidak hujan atau hujan sedikit, suhu maksimum mungkin mencecah 35 darjah Celsius.

Pada dua atau tiga hari dalam minggu pertama, tiupan angin kencang dari Sumatera mungkin membawa bersamanya hujan berserta guruh dengan angin bertiup kencang sebelum waktu fajar dan pagi, kata MSS.

Secara keseluruhannya, jumlah hujan pada bulan Mei berkemungkinan besar melebihi jumlah biasa bagi banyak kawasan di Singapura.

TIUPAN ANGIN DARI SUMATERA BAWA HUJAN

Menilai semula keaadaan cuaca bagi separuh pertama Mei, MSS menyatakan tempoh peralihan monsun menyebabkan hujan berserta guruh sekali-sekala di Singapura.

Pada 8 Mei, tiupan angin kencang dua kali berturut-turut dari Sumatera ke arah Singapura menyebabkan beberapa pokok tumbang akibat angin kencang dan hujan lebat, mencatat jumlah hujan harian tertinggi secara keseluruhan iaitu 109.8mm di Jurong West.

Pada 10 dan 11 Mei, tiupan angin kencang dari Sumatera bergerak ke arah Singapura lagi, kata MSS. Angin kencang dengan kelajuan sehingga 90 kilometer sejam dicatatkan di Pasir Panjang pada 10 Mei, manakala sengkayan besar kelihatan di kawasan perairan dari arah selatan Tanjong Pagar pada keesokan harinya.

Meskipun cuaca ribut dan hujan lebat berlaku pada separuh pertama bulan Mei, suhu maksimum 34 darjah Celcius dicatatkan pada kebanyakan hari, kata MSS.

Suhu maksimum 35 darjah Celsius dicatatkan pada 6 dan 7 Mei di Paya Lebar dan Clementi.

Sementara itu, suhu harian terendah adalah 20.8 darjah Celsius di East Coast Park pada 8 Mei, pada waktu sebelum fajar bila tiupan angin kencang bergerak ke arah Singapura.  

Sumber : CNA/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan