Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CPF terima lebih 6,000 rayuan setiap bulan untuk keluarkan caruman lebih awal, lebih banyak

Lebih 6,000 rayuan dibuat setiap bulan oleh pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk mengeluarkan lebih banyak atau lebih awal caruman mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jul 2021 06:16PM Dikemas Kini : 25 Jul 2021 09:01PM

SINGAPURA: Lebih 6,000 rayuan dibuat setiap bulan oleh pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk mengeluarkan lebih banyak atau lebih awal caruman mereka.

Namun hanya segelintir saja yang berjaya seperti mereka yang kurang sihat untuk bekerja.

Antara mereka yang membuat rayuan adalah Encik Osman Sukadis yang mempunyai seorang anak kurang daya pendengaran dan sedang menjalani rawatan perubatan.

Beliau mula bekerja sebagai pemandu Grab pada 2019 tetapi terpaksa berhenti dek COVID-19.

Bagi meringankan beban kewangan, beliau berjaya merayu kepada CPF untuk menggunakan simpanannya bagi melunaskan baki jumlah pinjaman rumahnya.

Rayuan kedua beliau untuk mengeluarkan sejumlah simpanan daripada CPF bagaimanapun ditolak meskipun beliau masih belum dapat pekerjaan baru.

Bagi membantu mereka seperti Encik Osman, CPF melaksanakan Protokol Pengurusan Rayuan Ditolak (RAMP).

Melalui RAMP, para pencarum boleh dirujuk kepada agensi lain yang boleh menyediakan bantuan jangka pendek dari membayarkan bil api air hingga membiayai yuran sekolah.

Lebih 3,700 kes dirujuk kepada RAMP tahun lalu iaitu lima kali ganda lebih banyak berbanding 2019.

CPF menyatakan pihaknya sedang mencari jalan untuk memperbaiki keberkesanan khidmat itu agar dapat membantu lebih banyak kes.

Sumber : CNA/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan