Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Pemandu teksi kes kedua yang diketahui dijangkiti virus

Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 50 tahun merupakan pemandu teksi kedua yang diketahui dijangkiti virus COVID-19 di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Pemandu teksi kes kedua yang diketahui dijangkiti virus

Gambar fail teksi ComfortDelGro.

Diterbitkan : 15 Feb 2020 10:30PM Dikemas Kini : 16 Feb 2020 07:51AM

SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 50 tahun merupakan pemandu teksi kedua yang diketahui dijangkiti virus COVID-19 di Singapura.

Lelaki berkenaan tidak ke China baru-baru ini, menurut kenyataan oleh Kementerian Kesihatan hari ini (15 Feb).

Penduduk Jurong West itu melaporkan mengalami simptom pada 3 Feb dan mendapatkan rawatan di dua klinik GP sebanyak empat kali iaitu pada 5, 7, 10 dan 13 Feb.

Ketika lawatannya yang terakhir ke klinik GP, lelaki itu dirujuk ke jabatan kecemasan di Hospital Universiti Kebangsaan (NUH) dan kini ditahan di sebuah bilik pengasingan di hospital tersebut. Lelaki itu disenaraikan sebagai kes 64, diuji positif bagi virus itu pada 14 Feb.

Beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes-kes sebelum ini.

Menurut MOH, ia sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk memaklumkan semua pemandu teksi dan kereta sewa akan langkah-langkah yang perlu diambil bagi melindungi diri mereka semasa bertugas.

Ia menambah bagi orang awam, risiko jangkitan daripada kontak sementara seperti dalam pengangkutan awam atau di tempat-tempat awam dinilai sebagai rendah.

Pada Isnin (10 Feb), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan ia akan mengagihkan 300,000 pelitup kepada pemandu teksi dan kereta sewa.

Setiap pemandu akan diberikan empat pelitup untuk digunakan atau diberikan kepada penumpang yang kurang sihat dan tidak mempunyai pelitup ketika menaiki kenderaan untuk mendapatkan rawatan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, para pemandu juga diminta mengambil suhu badan dua kali setiap hari sejak minggu lalu.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan