Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Pemandu teksi, kereta sewa privet boleh hantar makanan hingga akhir September

Para pemandu teksi dan kenderaan sewa privet akan terus dibenarkan menghantar makanan dan barangan dapur hingga akhir September, sedang pihak berkuasa melanjutkan peraturan sementara yang membenarkan mereka berbuat demikian.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 May 2020 03:12PM Dikemas Kini : 23 May 2020 10:53PM

SINGAPURA: Para pemandu teksi dan kenderaan sewa privet akan terus dibenarkan menghantar makanan dan barangan dapur hingga akhir September, sedang pihak berkuasa melanjutkan peraturan sementara yang membenarkan mereka berbuat demikian.

Mengumumkan hal tersebut di Facebook pada Sabtu (23 Mei), Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata langkah ini akan membantu menambah pendapatan para pemandu, sambil memenuhi permintaan "tinggi" bagi penghantaran ke rumah.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) melonggarkan peraturan perjalanan langsung atau 'point-to-point' pada 29 Mar untuk membenarkan penggunaan teksi dan kereta sewa privet bagi penghantaran barangan dapur dan makanan, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memenuhi lonjakan permintaan penghantaran ke rumah. Ia dirancang untuk dilaksanakan selama tiga bulan.

Permintaan ini akan "kekal tinggi" sedang Singapura secara beransur-ansur melonggarkan peraturan "pemutus rantaian jangkitan" pada 1 Jun, kata Encik Khaw.

"Untuk memenuhi keperluan ini, LTA akan melanjutkan kelonggaran peraturan sementara selama tiga bulan lagi, hingga akhir September," tulisnya.

"Ini bermaksud para pemandu teksi dan PHC (kereta sewa privet) boleh terus menambah pendapatan mereka, serta memenuhi keperluan peniaga dan penduduk. Ia saling menguntungkan semua pihak. "

Lebih daripada 10,000 pemandu teksi dan kenderaan sewa privet kini memanfaatkan peraturan baru itu untuk melakukan perkhidmatan penghantaran, kata Encik Khaw dalam catatannya.

Pihak berkuasa akan memantau keadaan untuk memastikan pengguna khidmat teksi dan kenderaan sewa privet biasa tidak diketepikan, tambahnya.

"Ini adalah untuk memastikan mereka yang kembali bekerja setelah tempoh pemutus rantaian jangkitan, untuk membantu membuka semula ekonomi, menerima khidmat baik dan tepat pada masanya," katanya.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan