Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: MOH sahkan 9 kes baru termasuk seorang kakitangan PUB

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan sembilan kes baru COVID-19 hari ini (14 Feb), menjadikan jumlah keseluruhan kepada 67.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Feb 2020 08:22PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 10:43PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan sembilan kes baru COVID-19 hari ini (14 Feb), menjadikan jumlah keseluruhan kepada 67.

Enam daripadanya dikaitkan dengan kelompok dari gereja Grace Assembly of God, menurut pengarah Perkhidmatan Perubatan MOH Kenneth Mak dalam satu sidang media hari ini.

Dua lagi pesakit dibenarkan pulang dari hospital, bermakna 17 orang sudah pun sembuh sepenuhnya daripada virus itu manakala enam masih berada dalam Unit Jagaan Rapi (ICU) dan dalam keadaan kritikal.

Salah satu kes baru yang disahkan positif COVID-19 merupakan seorang kakitangan di PUB, menurut agensi air kebangsaan itu.

Dalam satu kenyataan media, PUB menyatakan kakitangan itu merupakan seorang pekerja pentadbiran yang bekerja di pejabat agensi itu di Bangunan Sekitaran. Beliau tidak terlibat dalam sebarang operasi di loji atau di luar pejabat.

Semua kakitangan di tingkat yang terjejas - seramai 70 orang keseluruhannya - diminta untuk meninggalkan pejabat dan sambung kerja dari rumah bagi membolehkan ruang pejabat dibersihkan secara menyeluruh.

Dua kes pertama dikaitkan dengan gereja Grace Assembly of God, yang mempunyai cawangan di Tanglin dan satu lagi di cawangan Bukit Batok, diumumkan pada Rabu (12 Feb), manakala lima yang lain diumumkan pada Khamis (13 Feb).

Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka bekerja di gereja itu, termasuk seorang paderi kanan.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan