Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: MOH aktifkan semula rangkaian GP bagi bendung penularan dalam masyarakat

Kementerian Kesihatan Singapura telah mengaktifkan semula skim yang ditubuhkan semasa jerebu pada tahun 2015 dan wabak H1N1.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: MOH aktifkan semula rangkaian GP bagi bendung penularan dalam masyarakat

Para pesakit mengambil ubat mereka setelah berjumpa doktor di sebuah klinik di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 09:22PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 09:25PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura telah mengaktifkan semula skim yang ditubuhkan semasa jerebu pada tahun 2015 dan wabak H1N1.

900 Klinik GP akan menyediakan rawatan bersubsidi, melakukan siasatan dan ubat-ubatan untuk pesakit yang mengalami masalah pernafasan.

MOH mengatakan usaha tersebut dilakukan untuk "mengesan dan mengurus" jangkitan COVID-19 dengan lebih baik.

Ia juga "langkah proaktif" untuk mengurangkan risiko menjadi penularan dalam masyarakat.

Mulai 18 Februari, Kementerian Kesihatan akan menghidupkan semula klinik persediaan kesihatan atau PHPC untuk para pesakit yang mengalami gejala pernafasan seperti demam, batuk, sakit tekak dan hingus.

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata: "Klinik Persediaan ini adalah barisan pertahanan penting semasa penularan wabak kesihatan awam kita. Pengaktifan klinik-klinik yang disediakan ini bukanlah baru. MOH telah mengaktifkannya semasa wabak H1N1 dan jerebu."

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp  

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan