Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Mesej online kononnya tahap DORSCON dinaikkan ke tahap merah tidak benar

Khabar yang tersebar online bahawa Singapura kini menguatkuasakan kepungan menyeluruh (lockdown) dan akan menaikkan tahap Sistem Respons Keadaan Penularan Penyakit (DORSCON) kepada tahap merah adalah tidak benar. Begitu juga dengan khabar kononnya sistem-sistem pengangkutan di sini akan digantung.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Mesej online kononnya tahap DORSCON dinaikkan ke tahap merah tidak benar

(Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 04:17PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 04:21PM

SINGAPURA: Khabar yang tersebar online bahawa Singapura kini menguatkuasakan kepungan menyeluruh (lockdown) dan akan menaikkan tahap Sistem Respons Keadaan Penularan Penyakit (DORSCON) kepada tahap merah adalah tidak benar. Begitu juga dengan khabar kononnya sistem-sistem pengangkutan di sini akan digantung.

Demikian disahkan Pemerintah Singapura hari ini (26 Mac).

Menurut kiriman WhatsApp oleh Gov.sg, terdapat khabar angin yang tersebar secara online bahawa Singapura "akan menaikkan tahap DORSCON kepada tahap merah" dan "khidmat bas mahupun MRT akan dikurangkan atau digantung".

"Semua ini tidak benar. Harap jangan disebarkan maklumat yang tidak disahkan," menurut kiriman mesej itu.

Mesej tersebut turut mengingatkan orang ramai agar memeriksa sumber-sumber rasmi atau mendaftar bagi khidmat WhatsApp Gov.sg bagi sebarang perkembangan terkini berkaitan COVID-19.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan