Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Majlis walimah boleh dihadiri 100 orang dengan ujian praacara

Pihak berkuasa mengumumkan pada Selasa (20 Jul) bahawa ia akan mengehadkan jumlah orang yang dibenarkan hadir bagi acara keramaian ekoran lonjakan kes jangkitan koronavirus dalam masyarakat. Namun majlis persandingan dibenarkan diteruskan, dalam jumlah tetamu dibataskan dengan ujian praacara.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Majlis walimah boleh dihadiri 100 orang dengan ujian praacara

Gambar fail cincin . (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2021 06:05PM Dikemas Kini : 20 Jul 2021 06:10PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa mengumumkan pada Selasa (20 Jul) bahawa ia akan mengehadkan jumlah orang yang dibenarkan hadir bagi acara keramaian ekoran lonjakan kes jangkitan koronavirus dalam masyarakat. Namun majlis persandingan dibenarkan diteruskan, dalam jumlah tetamu dibataskan dengan ujian praacara, bagi membendung penularan lanjut COVID-19 dalam masyarakat.

Mereka yang belum menerima suntikan vaksin sangat digalakkan tidak hadir acara sedemikian memandangkan risiko lebih tinggi mereka dijangkiti virus, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (20 Jul).

Sehingga 100 orang dibenarkan menghadiri majlis perkahwinan dengan ujian praacara mulai Khamis, lebih rendah daripada 250 yang diumumkan pada 16 Jul.

Menurut MOH, langkah itu merupakan sebahagian daripada "peruntukan khas" bagi pasangan mempelai meskipun ia akur mereka telah mengalami banyak keadaan tidak pasti sepanjang beberapa bulan lalu.

Syarat-syarat lain seperti kumpulan sehingga lima orang semeja dan langkah pengurusan selamat yang ketat tetap dilaksanakan, termasuk mengekalkan jarak selamat dan menghindari daripada bergaul dengan tetamu di meja berbeza.

Majlis pernikahan juga dibenarkan diteruskan dengan sehingga 100 hadirin yang menjalani ujian praacara atau 50 orang tanpa ujian praacara.

Pasukan bertindak Pemerintah bagi COVID-19 juga mengumumkan pada Selasa beberapa lagi sekatan untuk mengekang jangkitan yang semakin bertambah dalam masyarakat.

Ini termasuk mengurangkan saiz acara dan perhimpunan sosial lebih daripada dua orang serta menjamu selera di kedai F&B mulai 22 Julai hingga 18 Ogos.

Dengan kawalan keselamatan yang diperketat, Pemerintah akan menghulurkan pakej sokongan kepada perniagaan dan pekerja yang terjejas, menurut MOH.

Pakej ini akan berdasarkan sokongan yang ditawarkan semasa Fasa 2 Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) sebelum ini. Kementerian Kewangan akan memberi lebih banyak butiran dalam masa beberapa hari akan datang.

Berikut adalah beberapa sekatan yang akan berkuat kuasa mulai 22 Julai.

1. Persembahan secara langsung, mesyuarat dan persidangan

Sehingga 100 orang boleh dibenarkan dengan ujian praacara (PET), atau sehingga 50 orang dibenarkan tanpa menjalani ujian.

Penceramah dan penghibur tidak dibenarkan membuka pelitup, dan tidak boleh ada nyanyian atau permainan alat yang memerlukan seseorang menghela nafas dengan kuat (misalnya, alat muzik tiupan).

2. Penonton dan acara sukan dengan peserta

Sehingga 100 orang dibenarkan bagi acara sukan penonton dan penyertaan dengan PET dilaksanakan.

"Ujian praacara tidak diperlukan jika terdapat 50 orang atau kurang. Maklumat lebih terperinci akan dikeluarkan oleh badan sukan negara, Sport Singapore.

3. Majlis nikah dan walimah

Acara nikah boleh diteruskan dengan 100 tetamu menjalani ujian praacara atau sehingga 50 tetamu tanpa ujian.

"Kami akur bahawa pasangan mempelai telah menghadapi banyak kegenjotan sejak beberapa bulan lalu," kata MOH.

Oleh itu, sebagai peruntukan khas, pihaknya akan membolehkan majlis persandingan berlangsung dengan hingga 100 orang menjalani ujian praacara bagi semua orang, dan dengan sehingga lima orang semeja.

"Ini akan membolehkan pasangan mempelai meneruskan rancangan mengadakan majlis persandingan mereka, walaupun dengan beberapa penyesuaian," tambahnya.

"Semua tamu majlis persandingan harus mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat dan, khususnya, menjaga jarak selamat dan elakkan bergaul dengan orang lain yang tidak duduk semeja."

Memandangkan risiko jangkitan mereka yang lebih tinggi, MOH juga sangat menggalakkan agar individu yang belum divaksinasi tidak menghadiri acara tersebut sehingga mereka selesai divaksinasi.

4. Acara pertunjukan dan daya tarikan

Kapasiti operasi tempat-tempat daya tarikan yang sebelum ini telah mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan akan dikurangkan kepada 25 peratus berbanding kapasiti 50 peratus yang dibenarkan sekarang.

Acara di tempat tertutup dan terbuka boleh diteruskan dengan sehingga 100 orang menjalani PET atau sehingga 50 orang tanpa PET.

5. Perhimpunan keagamaan

Acara-acara keagamaan boleh diteruskan dengan sehingga 100 orang menjalani ujian praacara, dan sehingga 50 orang dibenarkan tanpa ujian praacara.

"Untuk mengurangkan lagi risiko penyebaran melalui titisan cecair di udara, kakitangan keagamaan dan semua peserta lain harus sentiasa memakai pelitup.

"Nyanyian secara langsung dan permainan alat muzik tiupan juga dilarang buat masa ini," tambah MOH.

6. Muzium dan perpustakaan awam 

Muzium dan perpustakaan awam dibenarkan beroperasi dengan kapasiti dikurangkan kepada 25 peratus.

7. Pusat beli-belah dan ruang pameran

Had bagi pusat beli-belah dan ruang pameran akan dikurangkan daripada 10 meter persegi (sqm) kasar bagi setiap orang kepada 16sqm setiap orang. 

(Sumber: MOH)

(Sumber: MOH)

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan