Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Lelaki ditangkap terbabit pengubahan wang haram dikaitkan penipuan S$10 juta

Seorang lelaki berusia 39 tahun  ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kesalahan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan penipuan   COVID-19, kata polis  pada Sabtu (4 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Lelaki ditangkap terbabit pengubahan wang haram dikaitkan penipuan S$10 juta
Diterbitkan : 04 Apr 2020 09:11PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 09:13PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 39 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kesalahan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan penipuan COVID-19, kata polis pada Sabtu (4 Apr).

 Pada pertengahan bulan Mac, polis dimaklumkan mengenai kes penyamaran emel perniagaan di mana sebuah syarikat farmaseutikal di luar negeri ditipu membayar € 6.64 juta (S$10.3 juta) bagi pembelian pelitup pembedahan dan cecair pembasmi kuman.

Selepas syarikat itu memindahkan dana ke sebuah bank tempatan, barangan tersebut tidak dihantar dan pembekalnya juga tidak dapat dihubungi.

Semasa disiasat, pegawai dari Jabatan Ehwal Komersil mengenal pasti lelaki yang telah menerima dana tersebut dan menahannya pada 25 Mac apabila dia kembali ke Singapura.

Siasatan awal mendedahkan bahawa lelaki itu telah memperoleh wang tersebut, yang merupakan hasil jenayah, dan memindahkansebahagian dana berkenaan keluar dari Singapura.

Melalui campurtangan cepat dan kerjasama erat dengan tujuh bank, Pusat Anti-Penipuan polis berjaya mendapatkan semula lebih daripada S$6.4 juta daripada jumlah yang ditipu.

Bank-bank yang terlibat ialah UOB, OCB, Standard Charted, Maybank, DBS, CIMB serta HSBC.

"Jumlah yang diperoleh semula adalah yang terbesar sejak Pusat Anti-Penipuan ditubuhkan.

 Usaha sedang dijalankan untuk mengesan dan memdapatkan semula baki wang, "kata polis.

Suspek disiasat bagi pelbagai kesalahan di bawah Akta Rasuah, Penyeludupan Dadah dan Lain-lain Jenayah Serius (Rampasan Manfaat), yang menetapkan denda tidak melebihi S$500,000 atau penjara tidak lebih daripada 10 tahun, atau kedua-duanya.

Polis menambah pihaknya memandang serius sesiapa yang memanfaatkan situasi COVID-19 sekarang untuk melakukan jenayah dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap semua yang melanggar undang-undang.

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan