Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Lebih 130 syarikat pulangkan subsidi Skim Bantuan Pekerjaan bernilai S$97 juta

Lebih 130 syarikat sudah memulangkan bayaran subsidi berjumlah S$97 juta di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) bagi April dan Mei, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Isnin (15 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Lebih 130 syarikat pulangkan subsidi Skim Bantuan Pekerjaan bernilai S$97 juta

Para pekerja di Raffles Place pada waktu makan tengah hari. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 15 Jun 2020 07:33PM Dikemas Kini : 15 Jun 2020 07:38PM

SINGAPURA: Lebih 130 syarikat sudah memulangkan bayaran subsidi berjumlah S$97 juta di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) bagi April dan Mei, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Isnin (15 Jun).

Syarikat-syarikat tersebut adalah antara lebih 250 firma yang berikrar untuk menolak sebarang lagi bayaran JSS di masa hadapan dari Pemerintah, menurut kemaskini MOF.

Bilangan syarikat baru yang memulangkan JSS naik lebih tiga kali ganda sejak kemas kini sebelum ini.

Pada 10 Mei, MOF menyatakan bahawa setakat 9 Mei, 32 syarikat mengembalikan pembayaran bernilai S$35 juta.

Di bawah JSS, yang diumumkan buat pertama kalinya pada Februari, Pemerintah membiayai bersama antara 25 peratus hingga 75 peratus daripada gaji bulanan kasar untuk S$4,600 pertama bagi setiap pekerja tempatan atau penduduk tetap.

Skim itu dipertingkat beberapa kali sebagai sebahagian usaha membantu syarikat mengekalkan pekerja di tengah COVID-19.

Semasa pembentangan Belanjawaan keempat dan terkini, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan JSS akan dilanjutkan sebulan kepada 10 bulan, dan lebih banyak firma akan layak menerima subsidi lebih tinggi.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan