Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Langkah berjaga-jaga dipertingkatkan di tempat beribadah

Lebih sepertiga daripada kes COVID-19 di Singapura mempunyai kaitan dengan dua gereja di sini, The Life Church and Missions Singapore di 146B Paya Lebar Road dan dua cawangan gereja Grace Assembly of God.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Feb 2020 06:08PM Dikemas Kini : 16 Feb 2020 08:55PM

SINGAPURA: Lebih sepertiga daripada kes COVID-19 di Singapura mempunyai kaitan dengan dua gereja di sini, The Life Church and Missions Singapore di 146B Paya Lebar Road dan dua cawangan gereja Grace Assembly of God.

Di tengah-tengah penularan virus itu, gereja-gereja Katolik menangguhkan sesi misa hingga ke satu masa yang belum ditetapkan.

Upacara beribadah hari Ahad di Gereja Besar St Andrew's masih diteruskan.

Namun kini pemeriksaan suhu badan dilakukan dan maklumat perhubungan dikumpulkan.

Menurut pihak gereja, mereka yang hadir untuk upacara beribadah hari Ahad berkurangan agak besar daripada 3,000 orang yang kerap datang.

Kuil Sri Thendayuthapani di Tank Road pula meningkatkan kerja-kerja pembersihannya.

Ia juga menyediakan lebih banyak cecair untuk membersihkan tangan serta sabun.

Sami-sami juga sudah tidak lagi meletakkan abu ke atas kepala para penganut.

Buat masa ini, pemeriksaan suhu badan hanya dilakukan terhadap kakitangan kuil.

Langkah yang lebih ketat juga dilaksanan bagi para pelajar madrasah di Masjid Jamiyah Ar-Rabitah.

Selain meningkatkan amalan kebersihan dan pemeriksaan suhu badan, kini terdapat laluan masuk dan keluar yang berbeza bagi mengurangkan pertemuan secara beramai-ramai.

"Bagi kami perkara ini penting untuk kami adakan langkah yang berjaga-jaga ini supaya kita selamat daripada wabak ini. InsyaAllah dan juga untuk supaya jemaah yakin kita boleh terus beribadah dengan selesa dan belajar dengan buat aktiviti atau program di masjid ini dalam keadaan yang selamat.

"Jadi ini adalah satu tanggungjawab kita sebagai umat Islam," kata Ketua Pendidikan Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, Ustazah Nurul Izzah Khamsani.

Pada Jumaat lalu (14 Feb), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli menggalakkan mereka yang menghadiri solat Jumaat supaya membawa sejadah sendiri dan mengelakkan daripada bersalaman.  

Sumber : CNA/UR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan