Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Laman baru sedia kemas kini jumlah pelanggan di pusat beli belah S'pura

Sebuah laman dilancarkan untuk menyediakan kemas kini secara kerap kepada orang ramai berhubung jumlah pengunjung di pusat beli-belah di merata Singapura di tengah-tengah penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Laman baru sedia kemas kini jumlah pelanggan di pusat beli belah S'pura

(Gambar: URA)

Diterbitkan : 05 Apr 2020 04:01PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 04:06PM

SINGAPURA: Sebuah laman dilancarkan untuk menyediakan kemas kini secara kerap kepada orang ramai berhubung jumlah pengunjung di pusat beli-belah di merata Singapura di tengah-tengah penularan COVID-19.

Laman 'Space Out' itu memberikan maklumat jumlah pelanggan di pusat-pusat beli belah pada setiap masa berbeza dalam sehari. Ia juga bertindak sebagai panduan bagi mereka yang ingin keluar untuk membeli barangan keperluan dan melanggani khidmat penting, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (5 Apr).

"Ini bantu orang ramai membuat pilihan bijak tentang ke mana dan bila untuk keluar membeli barangan keperluan dan mengekalkan jarak selamat," menurut URA dalam kenyataannya.

Orang ramai kemungkinan besar tidak akan mengunjungi pusat beli belah yang sesak dengan pelanggan atau yang telah mencapai had kapasiti operasi masing-masing, tambah URA.

Ini sekali gus memudahkan pelanggan mengamalkan jarak selamat, serta mengurangkan tekanan kepada pihak pengendali dari segi pengurusan pelanggan.

Pada laman 'Space Out', setiap pusat beli belah ditandakan di peta dengan bulatan yang diwarnakan.

Warna hijau bermakna pusat beli belah itu tidak sibuk, warna jingga bermakna sesak pelanggan manakala warna merah pula bermakna pusat beli belah itu sudah capai had kapasiti maksimum.

Maklumat itu diperolehi berdasarkan data dari pusat beli belah berhubung jumlah pelanggan dan garis panduan jarak selamat bagi pusat beli belah oleh Enterprise Singapore (ESG).

Menurut URA, ia akan terus mengajak lebih banyak pengendali pusat beli belah untuk menyertai insiatif tersebut dan secara bertahap-tahap menyediakan lebih banyak maklumat berhubung tahap kesibukan bagi lebih banyak pusat beli belah di lamannya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan