Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Konsesi 50% yuran pelabuhan bagi semua kapal penumpang bermula 1 Mac

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan memberikan konsesi yuran pelabuhan sebanyak 50 peratus kepada kapal-kapal penumpang, mulai 1 Mac depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Feb 2020 08:12PM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 12:24AM

SINGAPURA: Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan memberikan konsesi yuran pelabuhan sebanyak 50 peratus kepada kapal-kapal penumpang, mulai 1 Mac depan.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Kesihatan, Dr Lam Pin Min mengumumkan demikian pada Khamis (20 Feb) ketika pertemuan dengan para wakil sektor perkapalan di Marina South Pier.

Konsesi tersebut adalah sebagai bantuan kepada para pemilik dan pengendali kapal yang mengalami kemerosotan jumlah penumpang, akibat penularan virus korona COVID-19.

Ia adalah tambahan kepada konsesi yuran pelabuhan yang sedia ada.

Kesemua kapal pesiaran dan feri serantau dengan tempoh berlabuh tidak lebih lima hari dan feri penumpang, layak untuk menerima konsesi baru itu.

"Ramai daripada mereka (para pengendali) agak gembira dengan pengumuman tersebut kerana ia sedikit sebanyak membantu mereka. Kami akan terus memantau sektor ini dengan teliti dan memastikan apa-apa yang dilaksanakan mencukupi bagi mereka," kata Dr Lam.

"Kami amat berterima kasih kepada syarikat-syarikat ini kerana meneruskan khidmat bagi memastikan ekonomi kekal bergerak."

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan