Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Khidmat penjaga untuk temani individu dikuarantin akan dipertimbang mengikut kes: MOH

Mereka yang menjalani kuarantin bagi COVID-19 boleh membuat permintaan agar seorang penjaga menemani mereka selama tempoh pengasingan tersebut, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Khidmat penjaga untuk temani individu dikuarantin akan dipertimbang mengikut kes: MOH

(Gambar fail: Calvin Oh)

Diterbitkan : 03 May 2021 09:52PM Dikemas Kini : 03 May 2021 09:53PM

SINGAPURA: Mereka yang menjalani kuarantin bagi COVID-19 boleh membuat permintaan agar seorang penjaga menemani mereka selama tempoh pengasingan tersebut, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Permintaan itu akan dipertimbangkan "bergantung pada keadaan orang yang menjalani kuarantin", tambah MOH.

Ini termasuk keadaan di mana orang yang menjalani kuarantin itu adalah warga emas, bawah umur atau mempunyai keadaan perubatan dan dengan itu tidak dapat menjaga diri mereka sendiri.

Setakat 26 April, Kementerian Kesihatan menyatakan pihaknya telah meluluskan 23 permintaan bagi seorang penjaga untuk menjaga individu yang menjalani kuarantin.

MOH menyatakan sedemikian sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp mengenai Kes 62373, yang merupakan antara kes baru yang dilaporkan pada 24 April.

Lelaki tersebut telah meminta untuk menjaga ibunya, yang menjalani kuarantin dari 16 hingga 30 April di sebuah kemudahan pemerintah setelah beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat dua kes COVID-19 yang berada dalam penerbangan yang sama.

Permintaan beliau diluluskan kerana ibunya yang lanjut usia mempunyai keadaan perubatan, jelas MOM. Lelaki itu berpindah ke bilik yang sama dengan ibunya pada 16 April. Ibu bapa lelaki itu, yang kedua-duanya tiba dari India, juga disahkan positif penyakit ini.

Lelaki itu mengalami hidung tersumbat pada 23 April dan melaporkannya. Beliau dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) keesokan harinya, dan kemudian disahkan COVID-19. Ujian serologinya kembali negatif, menunjukkan kemungkinan jangkitan baru.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, MOH menyatakan individu yang sedang menjalani kuarantin tidak harus berhubungan dengan orang lain untuk mengehadkan penyebaran COVID-19.

"Anggota keluarga boleh menjalani kuarantin di rumah secara bersama" kerana mereka menanggung risiko serupa ", tambahnya.

"Namun, jika orang yang menjalani kuarantin mempunyai anggota rumah tangga yang bukan kontak rapat dengan kes COVID-19, (mereka) perlu menjalani kuarantin di sebuah kemudahan pemerintah," jelas kementerian itu. "Ini untuk memastikan kesejahteraan anggota keluarga mereka."

Sekiranya permintaan diluluskan, penjaga mesti bersetuju dan mematuhi beberapa syarat.

Ini termasuk harus sentiasa boleh dihubungi sepanjang tempoh kuarantin, memantau keadaan kesihatan orang yang dikuarantin dan diri mereka sendiri, segera melaporkan sebarang gejala dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.

Buat masa ini, seorang penjaga tidak diperlukan menerima vaksin, tambah MOH.

Sumber : CNA/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan