Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: IPPT bukan latihan dalam kem bagi anggota kerahan perkhidmatan negara digantung

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggantung ujian kecekapan jasmani perseorangan (IPPT) bagi anggota kerahan perkhidmatan negara (NSmen) sehingga hujung Februari akibat wabak virus korona COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: IPPT bukan latihan dalam kem bagi anggota kerahan perkhidmatan negara digantung

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 09:01AM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 09:05AM

SINGAPURA: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggantung ujian kecekapan jasmani perseorangan (IPPT) bagi anggota kerahan perkhidmatan negara (NSmen) sehingga hujung Februari akibat wabak virus korona COVID-19.

Bagaimanapun, pengendalian IPPT akan tetap diteruskan di peringkat unit bagi NSmen yang menghadiri latihan dalam kem (ICT), menurut kementerian itu dalam satu catatan Facebook pada Khamis (13 Februari).

MINDEF menyatakan ia akan menutup buat sementara waktu pusat-pusat latihan kecergasan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Ia juga akan menggantung IPPT, latihan persediaan IPPT dan latihan pemulihan di pusat-pusat tersebut dan di gim serta lokasi IPT di dalam taman SAFRA sehingga hujung bulan ini.

"Ini adalah untuk mengurangkan perhimpunan sejumlah besar NSmen di lokasi-lokasi ini hanya untuk menjalankan aktiviti fizikal kerana kemudahan itu boleh menjadi sangat sesak semasa sesi ini," jelasnya.

Para anggota NSmen yang sudahpun menjadualkan kegiatan-kegiatan tersebut pada Februari di tempat-tempat yang terjejas akan menerima kiriman SMS, memaklumkan mereka tentang pembatalan tersebut, tambah MINDEF.

Ini setelah Singapura menaikkan tahap amaran Keadaan Sistem Respon Penularan Penyakit (DORSCON) kepada Jingga. Negara ini sekarang mempunyai 58 kes yang disahkan virus COVID-19

Di bawah tahap amaran DORSCON baru itu, para penganjur acara berskala besar harus mengambil langkah berjaga-jaga yang wajar seperti menjalankan pemeriksaan suhu badan, mengesan simptom-simptom pernafasan seperti batuk atau selesema dan tidak membenarkan kemasukan individu yang tidak sihat.

Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan Heng Chee How berkata pada Selasa (11 Feb) bahawa tiada rancangan untuk membatalkan ICT akibat COVID-19 dan SAF sudahpun mengambil langkah-langkah pencegahan yang perlu di kem-kemnya.

"MINDEF akan terus menyemak semula dan melaksanakan langkah-langkah tambahan serta menyesuaikan dasar-dasarnya untuk menjaga kebajikan para anggota perkhidmatan negara mengikut perkembangan keadaan virus itu di Singapura," menurut kementerian itu.

MINDEF menyatakan NSmen dengan tempoh ulang tahun IPPT yang berakhir pada Februari harus menghubungi unit mereka untuk mendapatkan bantuan.

Ia menambah: "Bagi pertanyaan lanjut berhubung IPPT dan yang berkaitan dengannya, sila hubungi talian NS 24-jam di 1800 367 6767 atau emel ke contact [at] ns.sg untuk bantuan". 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan