Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: ICA keluarkan 77 notis jangan keluar rumah

Sebanyak 77 notis jangan keluar rumah dikeluarkan sehingga tengah hari Rabu (19 Feb), 12 jam selepas skim tersebut dilaksanakan bagi mengekang penularan virus korona baru COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Feb 2020 06:14PM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 12:21AM

SINGAPURA: Sebanyak 77 notis jangan keluar rumah dikeluarkan sehingga tengah hari Rabu (19 Feb), 12 jam selepas skim tersebut dilaksanakan bagi mengekang penularan virus korona baru COVID-19.

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), dalam responsnya kepada Mediacorp.

Notis dikeluarkan kepada penduduk Singapura dan pemegang pas jangka masa panjang yang pernah berkunjung ke China dalam 14 hari lalu.

Bagaimanapun, mereka yang pernah berkunjung ke wilayah Hubei dikecualikan daripada perintah notis berkenaan kerana diwajibkan proses kuarantin.

Ia berkuat kuasa pada pukul 11.59 malam, Selasa lalu dan mereka tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan rumah selama 14 hari.

Langkah yang diambil itu lebih ketat berbanding Cuti Ketidakhadiran (LOA), yang membolehkan orang ramai meninggalkan rumah mereka sekejap berdasarkan keperluan seperti membeli makanan.

Para pegawai penguat kuasa akan menghubungi dan membuat pemeriksaan secara rambang bertujuan memastikan golongan sasar mematuhi perintah baru itu.

Warga Singapura yang gagal mematuhi notis berkenaan boleh didenda sehingga S$10,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika membabitkan kesalahan pertama.

Untuk kesalahan seterusnya, denda maksimum S$20,000 atau penjara setahun dikenakan.

Bagi penduduk tetap dan pemegang pas pula termasuk pekerja dan pelajar, permit atau pas masuk semula mereka akan dipendekkan, atau dibatalkan. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan