Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Foot Locker di Orchard Gateway diarah gantung operasi 10 hari

Kedai Foot Locker di Orchard Gateway@Emerald diarah supaya menggantung operasi selama 10 hari kerana tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Enterprise Singapore (ESG) dalam satu kenyataan media bersama hari ini (5 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2020 05:27PM Dikemas Kini : 05 Dec 2020 11:42PM

SINGAPURA: Kedai Foot Locker di Orchard Gateway@Emerald diarah supaya menggantung operasi selama 10 hari kerana tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Enterprise Singapore (ESG) dalam satu kenyataan media bersama hari ini (5 Dis).

Ini setelah orang ramai dilihat berhimpun di luar kedai itu semalam.

"Ramai orang berkumpul di cawangan itu untuk pelancaran produk pada 4 Disember, walaupun sudah berulang kali dinasihatkan oleh agensi penguatkuasaan awam mengenai pengurusan orang ramai," menurut agensi-agensi itu.

Penutupan berkuat kuasa sehingga 14 Disember.

Dalam tempoh ini, kedai Foot Locker tidak dibenarkan melakukan aktiviti runcit fizikal tetapi boleh terus menjual produk secara dalam talian.

"STB dan Enterprise Singapore juga sedang berhubung dengan Foot Locker Singapore mengenai langkah-langkah yang akan diambilnya untuk pelancaran produk pada masa hadapan, termasuk kemungkinan menghentikan semua pelancaran secara fizikal seperti itu di lokasi Foot Locker di seluruh Singapura," kata agensi-agensi tersebut.

Perniagaan runcit "sangat disarankan" untuk mengadakan penjualan secara maya atau online, dan tidak mengatur pelancaran produk fizikal yang boleh menarik ramai orang, tekan STB dan ESG.

"Sekiranya pelancaran fizikal diadakan, perniagaan mesti memastikan mereka mempunyai rancangan yang kukuh untuk langkah-langkah pengurusan selamat, termasuk pengurusan orang ramai dan had kapasiti," tambah mereka.

"Pemerintah memandang serius pelanggaran langkah pengurusan selamat, dan tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap individu dan perniagaan yang tidak mematuhinya, termasuk denda dan penutupan sementara kedai."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan