Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Dormitori Toh Guan diisytihar kawasan pengasingan di bawah Akta Penyakit Berjangkit

Dormitori Toh Guan diisytiharkan sebagai kawasan pengasingan di bawah Akta Penyakit Berjangkit selepas jumlah kes COVID-19 meningkat dengan mendadak di beberapa asrama pekerja asing di merata Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Dormitori Toh Guan diisytihar kawasan pengasingan di bawah Akta Penyakit Berjangkit

(Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 07 Apr 2020 10:36AM Dikemas Kini : 07 Apr 2020 10:44AM

SINGAPURA: Dormitori Toh Guan diisytiharkan sebagai kawasan pengasingan di bawah Akta Penyakit Berjangkit selepas jumlah kes COVID-19 meningkat dengan mendadak di beberapa asrama pekerja asing di merata Singapura.

Dormitori Toh Guan diisytiharkan sebagai kawasan pengasingan "dengan tujuan untuk membendung penularan atau kemungkinan berlaku penyakit berjangkit COVID-19", menurut notis Kementerian Kesihatan (MOH) dalam Warta Pemerintah.

Notis itu berkuat kuasa mulai 8.30 malam pada Isnin (6 Apr).

Premis-premis di bawah pengasingan adalah: 13, 15, 17, 17A, 19 dan 19A Toh Guan East.

Pada Ahad, dua asrama pekerja asing - S11 Dormitory @ Punggol dan dormitori Westlite Toh Guan - diwartakan sebagai kawasan pengasingan.

Hampir 20,000 pekerja di kedua-dua dormitori itu diletakkan di bawah perintah kuarantin, bermakna mereka tidak boleh keluar dari bilik masing-masing selama 14 hari akan datang.

BACA: Josephine Teo ikrar tingkatkan piawai asrama pekerja asing selepas COVID-19 reda
Setakat Isnin, 14 kes disahkan dan dikaitkan dengan Dormitori Toh Guan.

Dormitori itu terletak di kawasan Westlite Toh Guan, yang dikaitkan dengan 29 kes.

Lagi 88 kes dikaitkan dengan kelompok S11 Dormitory @ Punggol.

Dormitori-dormitori lain dengan kes COVID-19 termasuk Sungei Tengah Lodge (enam kes), Dormitori Tampines (sembilan kes), Cochrane Lodge II (empat kes) dan sebuah dormitori di 55 Sungei Kadut Loop (empat kes). 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan