Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: DBS sediakan rangkaian khidmat sokong pelanggan, peniaga

Di tengah-tengah cabaran mengharungi penularan COVID-19, DBS akan menyediakan rangkaian perkhidmatan untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada para pelanggannya, peniaga dan pekerja kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: DBS sediakan rangkaian khidmat sokong pelanggan, peniaga

Logo bank DBS di salah sebuah cawangannya di Singapura. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 12:15AM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 12:19AM

SINGAPURA: Di tengah-tengah cabaran mengharungi penularan COVID-19, DBS akan menyediakan rangkaian perkhidmatan untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada para pelanggannya, peniaga dan pekerja kesihatan.

DBS akan bekerjasama dengan syarikat teksi ComfortDelgro untuk menggunakan kad-kad debit dan kredit sebagai kaedah pembayaran menahan teksi di tepi jalan.

Menurutnya, sistem ini akan membantu dalam pengesanan hubungan.

Pakej bantuan kecairan kewangan juga akan disediakan kepada para peniaga dengan keperluan kewangan segera bagi menampung kos operasi.

Ia termasuk penundaan pembayaran semula untuk pinjaman hartanah selama enam bulan.

Para peniaga juga boleh memohon untuk penundaan serupa dengan pinjaman gadai janji.

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan