Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: 5 kes baru di S'pura; 1 lagi pesakit dibenarkan pulang ke rumah

Singapura melaporkan lima kes baru jangkitan COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hari ini (15 Feb), menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan di sini sebanyak 72 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: 5 kes baru di S'pura; 1 lagi pesakit dibenarkan pulang ke rumah

Orang ramai memakai pelitup semasa berjalan di Orchard Road pada 3 Februari 2020.

Diterbitkan : 15 Feb 2020 10:22PM Dikemas Kini : 16 Feb 2020 07:51AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan lima kes baru jangkitan COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hari ini (15 Feb), menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan di sini sebanyak 72 kes.

Semua lima kes baru itu ada kaitan dengan pesakit sebelum ini.

Menurut MOH tiga kes boleh dikaitkan dengan kelompok jangkitan di gereja Grace Assembly of God, satu kes dengan kelompok di tapak binaan Seletar Aerospace Heights manakala yang terakhir dikaitkan dengan kes sebelum ini.

Tambah MOH, tiga kes melibatkan warga Singapura manakala dua lagi warga asing dari Bangladesh dan China.

Ketiga-tiga pesakit warga Singapura ada kaitan dengan kes ke-66.

Pesakit ke-68, wanita berusia 79 merupakan anggota keluarga pesakit ke-66.

Begitu juga dengan kes ke-70, wanita berusia 27 tahun.

Kes ke-71, lelaki berusia 25 tahun merupakan kenalan pesakit ke-66.

Kesemuanya tidak ke China baru-baru ini.

Pesakit ke-69, warga Bangladesh berusia 26 tahun dan pemegang pas kerja yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China. Jangkitan beliau dikaitkan dengan kelompok di tapak binaan Seletar Aerospace Heights.

Kes ke-72, lelaki warga China berusia 40 tahun yang juga pemegang pas kerja Singapura dan tidak ke China baru-baru ini. Beliau ada hubungan dengan pesakit ke-59.

Menurut MOH, seorang lagi pesakit dibenarkan pulang dari hospital, menjadikan kesemuanya 18 pesakit yang sudah pulih sepenuhnya dan dibenar pulang dari hospital.

Daripada 54 kes yang kini dirawat di hospital, kebanyakkannya stabil atau beransur pulih. Enam berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Menurut MOH lagi, siasatan dan usaha menjejaki kontak telah mendedahkan kaitan antara kes-kes baru dan yang diumumkan sebelum ini.

Bagi kes 8 dan 9, serta kes 31, 33 dan 38, mereka semua dikaitkan dengan gereja The Life Church and Missions Singapore di 146B Paya Lebar Road.

Sembilan kes yang disahkan (Kes 19, 20, 21, 24, 25, 27, 28, 34 dan 40) dikaitkan dengan kelompok di kedai Yong Thai Hang di 24 Cavan Road.

Menurut MOH lagi, lagi tiga kes jangkitan (Kes 30,36 dan 39) dikaitkan dengan mesyuarat perniagaan di Grand Hyatt Singapore antara 20 dengan 22 Januari.

Lima kes jangkitan (Kes 42, 47, 52, 56 dan 69) dikaitkan dengan tapak binaan Seletar Aerospace Heights.

Selain itu, kelompak terbesar melibatkan 16 kes jangkitan (Kes 48, 49, 51, 53, 54, 57, 58, 60, 61, 62, 63, 66, 67, 68, 70 dan 71) dikaitkan dengan gereja Grace Assembly of God.

Siasatan berhubung lima kelompok jangkitan itu masih dijalankan.

Singapura menaikkan tahap Sistem Respons Keadaan Penularan Penyakit (DORSCON) ke Jingga minggu lalu, mendorong langkah berjaga-jaga tambahan dilaksanakan. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan