Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: 447 kes baru jumlah tertinggi S'pura dalam 24 jam; termasuk 404 terkait dormitori pekerja asing

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (15 Apr) mengumumkan 447 kes baru COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,699 kes. Ini merupakan peningkatan tertinggi pada jumlah jangkitan dalam masa sehari, mengatasi rekod 386 kes yang dilaporkan pada Isnin.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: 447 kes baru jumlah tertinggi S'pura dalam 24 jam; termasuk 404 terkait dormitori pekerja asing

Para pekerja di dormitori Cochrane Lodge ll pada Rabu 15 Apr 2020 (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 15 Apr 2020 11:38PM Dikemas Kini : 15 Apr 2020 11:43PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (15 Apr) mengumumkan 447 kes baru COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,699 kes.

Ini merupakan peningkatan tertinggi pada jumlah jangkitan dalam masa sehari, mengatasi rekod 386 kes yang dilaporkan pada Isnin.

Dalam kenyataan medianya, MOH mengumumkan ia turut mengenal pasti empat kelompok baru: dormitori di 10 Kian Teck Crescent, Kian Teck Dormitory (26 Kian Teck Avenue), 234 Balestier Road dan Mandai Lodge di 460 Mandai Road.

Menurut MOH, sepanjang lima hari kebelakangan ini, Singapura tidak melaporkan sebarang kes import termasuk hari ini.

Daripada 447 kes baru, 38 adalah jangkitan dalam kalangan masyarakat, menurut MOH.

Bagi baki kes, lima adalah pemegang permit kerja yang tinggal di luar dormitori, manakala 404 adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori.

“Jumlah kes baru dalam kalangan pemegang permit kerja meningkat dengan ketara, dari purata 48 kes sehari pada seminggu sebelumnya, kepada 260 kes sehari sepanjang seminggu lalu, terutamanya dengan usaha berterusan mengambil langkah untuk memeriksa para pekerja secara aktif. Ramai daripada mereka adalah penghuni dormitori," jelas MOH.

Menurut kementerian tersebut, daripada kes-kes baru, 68 peratus dikaitkan dengan kelompok jangkitan yang sudah dikenal pasti. Bakinya sedang menjalani pengesanan kontak.

S-11 Dormitory di Punggol kini melaporkan 797 kes positif COVID-19, menjadikannya kelompok terbesar di sini.

MOH menyatakan lagi 41 pesakit sudah dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Secara keseluruhannya, 652 pesakit sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang, termasuk 41 yang dibenarkan pulang pada Rabu.

Daripada 1,496 kes yang masih dirawat di hospital, sebahagian besar kini stabil atau beransur pulih.

Seramai 26 dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi.

MOH menambah bahawa 1,540 kes yang sihat dari segi ujian klinikal namun diuji positif COVID-19 sedang diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Sejauh ini, 10 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan jangkitan COVID-19.

MOH menyatakan Kes 3381, seorang lelaki warga Malaysia berusia 80 tahun meninggal dunia pada 14 April akibat punca yang tiada kaitan dengan jangkitan COVID-19.

"Di bawah pemantauan rapi MOH, mendiang diuji bagi COVID-19 setelah meninggal dunia dan hasil ujiannya disahkan positif," jelas MOH.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan