Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: 3 menteri bertemu pemimpin agama Buddha, Tao, Sikh dan Hindu

Kementerian Kesihatan (MOH) menasihati bahawa upacara keagamaan di kuil-kuil boleh diteruskan tetapi dengan langkah berjaga-jaga yang sesuai untuk mengurangkan risiko penularan virus korona COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: 3 menteri bertemu pemimpin agama Buddha, Tao, Sikh dan Hindu

Kuil Sri Mariamman. (Gambar: Wikimedia Commons)

Diterbitkan : 17 Feb 2020 10:07PM Dikemas Kini : 17 Feb 2020 10:16PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) menasihati bahawa upacara keagamaan di kuil-kuil boleh diteruskan tetapi dengan langkah berjaga-jaga yang sesuai untuk mengurangkan risiko penularan virus korona COVID-19.

Tiga orang menteri - Gan Kim Yong, Grace Fu dan Ong Ye Kung - bertemu dengan para pemimpin agama Buddha, Tao, Sikh serta Hindu hari ini (17 Feb) untuk berkongsi perkembangan terkini tentang virus itu.

Menurut MOH, langkah-langkah tambahan boleh diambil seperti mengingatkan para pengikut supaya tidak ke kuil jika mereka pergi ke China baru-baru ini atau dikenakan perintah cuti ketidakhadiran (LOA).

Kerja-kerja pembersihan harus dilakukan dengan lebih kerap dan harus ada pengaliran udara yang baik.

Pihak berkuasa menekankan tentang pentingnya amalan tanggungjawab sosial dalam usaha mengurangkan risiko.

Sesiapa yang tidak sihat, walaupun menunjukkan simptom ringan, dinasihati supaya menjauhi acara-acara keagamaan.

Sumber : CNA/RR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan