Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: 2 kes baru di S'pura, 5 pesakit dibenar keluar hospital

Dua kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini (17 Feb), iaitu bilangan paling rendah sejak seminggu lalu. Ini membawa jumlah kes yang disahkan kepada 77 di Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: 2 kes baru di S'pura, 5 pesakit dibenar keluar hospital
Diterbitkan : 17 Feb 2020 08:59PM Dikemas Kini : 17 Feb 2020 09:03PM

SINGAPURA: Dua kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini (17 Feb), iaitu bilangan paling rendah sejak seminggu lalu. Ini membawa jumlah kes yang disahkan kepada 77 di Singapura.

Sementara itu, lagi lima pesakit COVID-19 di Singapura sudahpun dibenarkan pulang dari hospital. Demikian menurut Kementerian Kesihatan dalam kemas kini hariannya pada Isnin (17 Feb).

Secara keseluruhan, 24 pesakit sudah pulih sepenuhnya dari jangkitan virus itu dan keluar hospital.

Kes ke-76 adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun. Dia dalam kalangan kumpulan yang dipindahkan dari Wuhan pada 9 Februari. Kes 77 adalah seorang lelaki berusia 35 tahun dan berhubung rapat dengan kes 50.

Kanak-kanak itu dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak (KKH), menurut MOH.

Awal hari ini, MOH mengumumkan satu langkah baru - Notis Jangan Keluar Rumah - bagi penduduk Singapura dan pemegang pas jangka panjang dengan sejarah perjalanan ke tanah besar China di luar wilayah Hubei baru-baru ini.

Mulai Selasa (18 Feb), mereka yang dikenakan notis tersebut perlu berkurung di rumah pada setiap masa sepanjang tempoh cuti 14-hari mereka. Peraturan baru ini lebih ketat berbanding Cuti Ketidakhadiran (LOA) yang berkuat kuasa sekarang. Bagi LOA, mereka yang menjalaninya masih dibenarkan untuk keluar rumah bagi membeli makanan atau barang keperluan rumah.

COVID-10 sudah meragut lebih 1,700 jiwa dan menjangkiti lebih 70,500 orang di China. Ia merebak ke lebih 25 negara termasuk Singapura, Jepun dan Thailand.  

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan