Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Commonwealth Capital, Jumbo Group tawar 100 pekerjaan kepada kakitangan SIA Group

Syarikat pelaburan Singapura Commonwealth Capital dan restoran makanan laut Jumbo Group menawarkan bersama 100 pekerjaan kepada kakitangan yang diberhentikan dari Singapore Airlines (SIA) Group.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Sep 2020 08:20PM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 11:45PM

SINGAPURA: Syarikat pelaburan Singapura Commonwealth Capital dan restoran makanan laut Jumbo Group menawarkan bersama 100 pekerjaan kepada kakitangan yang diberhentikan dari Singapore Airlines (SIA) Group.

Kedua-dua syarikat itu kini menyertai EtonHouse International Education Group yang telahpun berikrar untuk menyediakan pekerjaan kepada mereka yang terjejas.

Secara keseluruhannya ketiga-tiga syarikat menawarkan lebih 200 kerja kosong kepada kakitangan SIA yang diberhentikan.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Jumbo Group menyatakan pihaknya sedang menilai jawatan-jawatan yang sesuai, dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Singapura.

EtonHouse pula menyatakan ia menawarkan lebih 100 jawatan mengajar dan pentadbiran kepada kakitangan SIA Group yang diberhentikan baru-baru ini.

Ia semua khusus untuk rakyat Singapura.

Firma itu menambah, para calon yang berjaya akan menerima gaji bulanan sekitar S$2,000 hingga S$3,000, bergantung kepada kelayakan mereka.

Ketika ditemui di luar lawatan ke sebuah kilang siang tadi, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing mendedahkan, Persatuan Restoran Singapura (RAS) juga sedang bekerjasama dengan para anggotanya untuk menawarkan lebih daripada 1,000 jawatan untuk kakitangan SIA yang diberhentikan.

Awal bulan ini, SIA Group mengumumkan ia mungkin memberhentikan sehingga 2,400 pekerja dalam apa yang disebutnya sebagai 'laluan pemulihan yang panjang' bagi industri yang terjejas teruk oleh krisis COVID-19.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan