Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ComfortDelGro perkenal stesen mengecas pantas bagi kenderaan elektrik

Para pengguna Kenderaan Elektrik (EV) tidak lama lagi boleh mendapat akses kepada stesen mengecas yang boleh mengecas penuh bateri kenderaan dalam masa sekitar 30 minit. ComfortDelGro menyatakan demikian menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (13 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Nov 2018 04:42PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 09:11PM

SINGAPURA: Para pengguna Kenderaan Elektrik (EV) tidak lama lagi boleh mendapat akses kepada stesen mengecas yang boleh mengecas penuh bateri kenderaan dalam masa sekitar 30 minit. ComfortDelGro menyatakan demikian menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (13 Nov).

Stesen mengecas pantas itu akan dikendalikan oleh ComfortDelGro Engineering dengan kerjasama Greenlots, sebuah syarikat sofwe yang mempunyai kepakaran dalam pengecas kenderaan elektrik.

Menurut kenyataan media itu, stesen berkenaan menawarkan dua jenis pengecas - iaitu alat pengecas arus berganti AC yang disediakan oleh kebanyakan stesen mengecas dan alat pengecas arus pantas DC yang baru. Ini akan membolehkan dua kenderaan elektrik untuk mengecas bateri pada masa yang sama. 

Buat masa ini, khidmat mengecas DC tidak disediakan di Singapura.

Harga mengecas ditetapkan pada S$0.40 bagi setiap kilowatt-jam (kWh) untuk kedua-dua jenis pengecas, menurut pengendali pengangkutan itu.

"Selama ini kami menyokong penggunaan teknologi pengeluaran karbon yang rendah, dan berharap bahawa pelancaran khidmat ini akan menyumbang kepada pembangunan rangkaian mengecas EV yang utuh dan mudah diakses di Singapura," kata CEO ComfortDelGro Engineering Ang Soo Hock.

Khidmat itu akan disediakan kepada orang ramai selepas dokumen-dokumen ujian diluluskan oleh pihak berkuasa relevan, menurut ComfortDelGro.

Setelah diluluskan, stesen-stesen itu akan dapat diakses di pekarangan ComfortDelGro di Braddell bagi para pengguna Greenlots yang memiliki kenderaan elektrik BMW, Hyundai Ioniq dan Renault ZOEs.

Para pemilik kenderaan tersebut boleh mendaftarkan diri bagi mendapatkan akses ke stesen pengecas Braddell menerusi ComfortDelGro Engineering. Mereka juga boleh membuat bayaran melalui aplikasi Greenlots. 

Sumber : CNA/AI/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan