Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ComfortDelGro kurangkan sewa teksi sebanyak 50% bagi Jun

ComfortDelGro Taxi akan mengurangkan sewa teksi bagi bulan Jun sebanyak 50 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 May 2020 06:03PM Dikemas Kini : 28 May 2020 09:17PM

SINGAPURA: ComfortDelGro Taxi akan mengurangkan sewa teksi bagi bulan Jun sebanyak 50 peratus.

Jumlah sewa teksi ComfortDelGro yang akan dikurangkan adalah antara S$45 hingga S$86, bergantung kepada jenis, model dan usia sesebuah teksi.

Langkah itu dijangka menjejas pendapatan dan mendorong syarikat tersebut mengalami kerugian lebih besar.

ComfortDelGro turut menarik perhatian permintaan teksi dijangka tidak akan kembali seperti biasa dalam masa terdekat.

Bagi menambah sumber pendapatan para pemandu teksi, ComfortDelGro merancang untuk meningkatkan usaha bagi menjamin tugas khidmat penghantaran untuk para pemandu teksi.

Ia akan dilakukannya menerusi wadah khidmat penghantaran ComfortDelivery, dan wadah-wadah serupa.

Sejauh ini, ComfortDelGro Taxi bekerjasama dengan hampir 50 cawangan F&B untuk menawarkan pilihan tugas kiriman kepada para pemandu teksinya.

400 pemandu teksi ComfortDelGro juga telah dikerahkan ke pekerjaan alternatif. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan