Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COE kereta kecil jatuh kepada S$28,000 dalam bidaan terbaru

Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu (19 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2018 05:00PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 09:35PM

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu (19 Sep).

Bagi kereta Kategori A dengan 1,600 cc dan ke bawah dan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada S$28,000 berbanding S$30,209 pada bidaan lalu.

Ini merupakan kali kedua premium kereta kecil merosot sehingga kurang S$30,000 sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas jatuh ke paras terendah dalam masa lapan tahun kepada S$25,000 pada Julai tahun ini.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B susut kepada S$31,307 daripada S$32,001.

COE bagi kategori terbuka yang biasanya digunakan bagi sebarang jenis kenderaan namun lazimnya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$32,000 berbanding S$31,801.

Premium motosikal turun kepada S$4,214 berbanding S$4,390 pada bidaan lalu.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, meningkat kepada S$27,104 barbanding S$27,001 pada bidaan lalu.

Sebanyak 6,865 bidaan diterima untuk 4,835 COE yang diperuntukkan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan