Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini

Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini pada Rabu (4 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini

Gambar fail: Jeremy Long

Diterbitkan : 04 Aug 2021 05:04PM Dikemas Kini : 04 Aug 2021 05:10PM

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini pada Rabu (4 Ogos).

Bagi kereta dalam Kategori A, atau sehingga 1,600cc dan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada S$45,189, turun dari S$47,010 dalam bidaan lalu.

Harga COE bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B merosot kepada S$56,001 berbanding S$59,501 sebelum ini.

Sementara itu, harga COE bagi kenderaan komersil termasuk kenderaan muatan dan bas melonjak kepada S$42,589 dari S$39,523 dalam bidaan lalu.

Premium motosikal pula ditutup pada S$8,899, naik dari S$8,689 dalam bidaan lalu.

Premium untuk Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, merosot kepada S$59,599 dari S$60,001.

Secara keseluruhannya, sebanyak 3,189 bidaan diterima dengan kuota 2,342 COE diperuntukkan. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan