Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COC gantung Pusat Krisis S'pura daripada kegiatan amal

Pesuruhjaya Badan Amal (COC) mengeluarkan perintah untuk menggantung Pusat Krisis Singapura daripada mengumpul dana untuk tujuan amal selama enam bulan. Perintah itu berkuat kuasa hari ini (15 Ogos) 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Aug 2019 06:46PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 09:43PM

SINGAPURA: Pesuruhjaya Badan Amal (COC) mengeluarkan perintah untuk menggantung Pusat Krisis Singapura daripada mengumpul dana untuk tujuan amal selama enam bulan.

Perintah itu berkuat kuasa hari ini (15 Ogos)

COC menyatakan perintah itu bertujuan untuk melindungi orang awam sementara siasatan ke atas aktiviti-aktiviti pengumpulan dana Pusat Krisis (Singapura) dijalankan.

Bagaimanapun, badan amal itu masih boleh meneruskan operasi hariannya buat sementara waktu.

Pusat Krisis (Singapura) menyediakan perlindungan sementara bagi golongan gelandangan, atau mempunyai risiko akan menjadi gelandangan.

Badan itu mendapat status amal pada Mei lalu.

COC menerima maklum balas tentang rayuan pengumpulan dana oleh Pusat Krisis (Singapura) dan siasatan juga menimbulkan keprihatinan tentang tadbir urus badan amal itu, amalan simpanan rekod dan keupayaan untuk bertanggungjawab kepada penderma.

COC menasihati orang ramai supaya berwaspada dan jangan rasa tertekan untuk membuat sumbangan dengan segera apabila didekati oleh badan-badan amal.  

Sumber : CNA/NU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan